Thursday, 17 October 2013

Resipi kari daging simple

Salam,
Hari ni balik dari office plannye nk ajk mkn luar. Tp bila tiba2 teringat someone shared something kat newsfeed td, terus xjd.

"Seorang isteri yg memasak utk suami n anak2nya, Allah janjikan ganjaran pahala berlipat kali ganda". Haih! Teruss msuk2 umh, bsuh kaki tgn, campak je tudung n sinsing lengan bagai. Bkn main lg gaya seorg cheff.. cheff wut?! Chef 6 rasa. Lain skit dr chef Lian 5 Rasa tu.

Ok, apa resipi daging kari simple ni? Diharap chefs in Malaysia nor from other countries wont condemn me for my keamaturan ni.

Bahan2
Daging dihiris nipis
Bawang merah (kisar atau msuk chopper)
Bawang putih(kisar atau masuk chopper)
Halia (hiris atau mayang)
Kulit kayu manis (optional)
Bunga lawang (optional)
Bunga cengkih (optional)
Rempah sup bunjut (optional)

Daun kari
Kentang
Cili padi
Serbuk kari daging
Santan
Minyak masak
Garam dan gula secukup rasa

Cara memasak
1. Daging perap dgn garam dan kunyit. Asingkan
2. Panaskan periuk dan msukkan minyak. Minyak dh panas, masukkan halia, bawang2 sekalian. Time ni nk msukkan bunjut sup pun boleh, nk msuk kulit kayu manis, bunga lawang , bunga cengkih, buah pelaga asing2 pun boleh. Mcm I mentioned above, ni kari simple. Bawang2 n halia pun dh ckup daa. Tumis dengan manis.. dgn muka yg manis.. hee. Sampai naik bau,la.

3. Msukkan daging. Goreng api sederhana dlm 10 minit. Balik-balikkan.
4. Serbuk kari bancuh dgn air dan masukkan dgn kentang. Biarkan mendidih 10 minit. Masa ni sempatlah I angkat kain sebagainya.

5. Nampak air dlm periuk dh kurang tu, reti srndurilah tambahkan. Masa ni dh boleh msukkan cili padi. Cabut tangkai je. Kang pijor plk pedasnye.
6. Campurkan santan pekat dgn air sikit dan masukkan. I guna santan kotak je. Mn nk dapat santan original yg virgin gitu.

7. Dah rasa2 empuk daging tu, masukkanla garam dan gula sikiit je nk bg ade rase lemak2. Xpuas ati, blh msukkan Cukup Rasa, mmg corrected la rasenye nnt.
8. Matikan api. Nk mkn bru panaskan balik, baru teksturnya cantik.

Sekian dapur Azlin Zain berasap.
Wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...