Monday, 14 October 2013

Bagaimana untuk menjadi wanita, isteri dan ibu berkerjaya dan kaya di rumah

Salam to all,

          Hari ni entry telah diilhamkan atau inspired by Living frugally with children articles. Ada family tu I baca has been living with only annual income of USD14k. Janganlah pulak convert USD14K dgn RM kita memang banyaklah jawapnya. Silap2 tak jadi berjimat cermat dh my entry ni.

          Well, setiap hari I baca status by Dr Azizan Osman pasal kita kena berusaha untuk kaya, buka bisnes, jangan takut dengan risiko dan..ikutilah seminar atau kelas-kelasnya. I rase a bit awkward di sini sampai I baca essay title for MUET July 2013 that is "Everyone should be a millionaire at the age of 35. Discuss." Then I tried searching for articles untuk my students baca dan terjumpalah dengan 1 artikel ni yang mengatakan term to be a millionaire ni dh jd macam disease. Maknanya kalau kita tak berduit, tak kaya, hidup kita akan rasa xsempurna, tak setanding dengan business hot shots kat luar sana.

       What if we live frugally? Hidup berjimat cermat, berbelanja sekadar yang perlu? Bayar apa yang perlu dibayar dan punya saving di kemudian hari even though the saving comes from the coins that we saved up? I fully understand yang sunnah nabi kita nabi Muhammad SAW untuk berniaga, tapi hidup di zaman ini yang dikelilingi komitmen, I x kata hutang ye.. komitmen, membuka bisnes dan menjalankannya amatlah risky dan memenatkan. Yes, that is only an excuse, but an excuse with a valid reason.Personally, sebagai seorang perempuan, guru, isteri dan ibu, I think I have done my jobs quite well enough. Bukannya banyak mana pun kederat I ni nk push sampai habis meter. I also need time to relax dan fokus pada perkembangan anak2.

     Bagi women like myself out there, trust me, I understand the frustration. ada yg nak tolong husband dengan buat part time jobs sampai stress2 dibuatnya. Bagi yg kerja sampai pukul 2pm sahaja, oklah. Tapi like me, I work until 5pm dan driving home is about 30-45 minutes. Sebelum sampai rumah, jemput anak2 dari tadika dan nursery. Sampai rumah berkejar berlarian nk memasak lagi, bg anak2 makan lagi. Kadang2 lupa yg I belum solat Asar lg! Nak solat Asar di pejabat, I kejarkan masa sebab if I go home after 5.30pm, alamatnya ppukul 7pm lah I sampai rumah. Anak2 yg letih sampai rumah kadang2 jadi meragam nakkan attention.

So what if we increase our saving instead of creating another job yang akan rosakkan mood kita dan keceriaan di rumah? I believe that is a better idea as for now dengan anak2 yang masih kecil. Sebenarnya bukan semua benda boleh kita save tapi kita boleh kurangkan yang sini untuk top up yang sana, kan?

Jom tengok dari segi perbelanjaan rumah yang mana boleh kita jimatkan:

1. Lampin pakai buang Vs Lampin kitar semula
2. Susu formula mahal Vs susu formula murah
3. Botol susu mahal Vs botol susu murah
4. Vitamin Vs buah-buahan dan sayuran
5. Makan di luar Vs masak sendiri


OK, I fokuskan pada yg di atas ni dulu ye. Lepas ni I akan link kan ke post yg berkenaan. Sekarang ni adalah masa untuk fokus pada tugas hakiki dulu. barulah berkat duit gaji yg diterima ni.

Salam Aidiladha dari kami sekeluarga. Moga yg menunaikan ibadah haji mendapat haji yg mabrur Insyaallah.

Azlin Zain.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...