Sunday, 8 September 2013

Ajar anak Bahasa Inggeris di rumah

Salam & hi,

Entry kali ni tentang cara-cara mengajar anak Bahasa Inggeris (BI) di rumah, Ramai beranggapan ibu bapa perlu ada good English proficiency baru boleh mengajar anak-anak membuat kerja rumah, tapi sebenarnya fact tu bukanlah 100% boleh disokong. Personally, I tak punya parents yg fluent dlm English sampai I sendiri menjadi English teacher. Banyak faktor yg influence seseorg utk minat BI dan sebaliknya.

Mengajar anak BI yg I maksudkan ni hanyalah meliputi anak2 yg sudah bersekolah. Utk pra sekolah atau much younger than 5 tahun, I have no advance knowledge yet.

Untuk mengajar anak2 BI, perlulah parents mintak Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) atau download sj dr internet. Boleh juga down load Di SINI. Barulah kita sebagai parents ada hala tuju dalam mengikuti perkembangan anak2. Contohnya pelajar2 Darjah 1 mempunyai context of teaching seperti di bawah:

1. World of family and friends
2. World of stories
3. World of knowledge

Manakala 4 kemahiran ditekankan seperti kebiasaan i.e. reading, writing, listening & speaking. Sebelum mengajar grammar atau sentence (ayat) pada anak2 bagi menolong anak2 menyiapkan homework misalnya, pastikan anak2 tau menyebut atau pronouce list of words yg tertera dlm HSP itu. Klau parents rasa xberkeyakinan dgn pronunciation (sebutan) sendiri, bolehla install online dictionary atau Google translator untuk mendengar pronunciation yg betul. Perlu diingat, Google Translator di sini bukan digunakan untuk translate BM ke BI atau sebaliknya. Tapi untuk mendengar pronunciation sj, ye.

Words dalam list tu juga perlu diajar maknanya pada anak2. Utk permulaan, tak payah la parents explain meanings tu panjang lebar. Cukup setakat bacakan saja meaning dlm BM.

OK, cukup setakat ni dulu entry kali ni. Bersambung lagi nanti.

Wassalam.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...