Wednesday, 25 September 2013

Pengalaman Bercuti di US 2012 - Part 2

Salam,
Ok, entry kali ni pasal Visa Collection. Ada banyak tempat kita boleh collect our visa and passport tu. Boleh klik di SINI.

Tak banyak songeh pun time nak collect ni. Macam I boleh park dalam bangunan tu jugak.Macam I collect tu di :

Suite 1905, 19th Floor
Wisma MCA, 163 Jalan
Ampang, Kuala Lumpur
50450 Malaysia.

Bilik collection for US visa tu punyalah privatenya, tingkap pun tak ada. My 2nd daughter tido pulak masa tu. So I duduk di kerusi and biar my husb n my 1st daughter je masuk. Lawak jugak guards foreigners, mcm org Nepal gitu. Tak lama, dalam 30 min my husb n daughter keluar dgn 7 passport beserta visa for 10 years. Yahooo!!



Ok. Time to fly to US!!


 Flight ke US ni MH 92 KUL - LAX pukul 11 am. I contacted a driver ni Encik Shahril yg peramah n charge pun murah. Pukul 7:30am dia dh sampai depan rumah I. En Shahril drive Innova. Sesak jugalah kami 7 org berhimpit pagi buta tu. No ctc En Shahril : 0129168641. Hari tu 1 way ke KLIA, charge nya RM120. Kira murah la tu.

8:45am sampai di check in counter KLIA. Setiap passenger ke LAX dibenarkan check in 2 luggages max 23kg. Tapi oleh sebab luggage bukan banyak pun so kami bawa 1 luggage sorg tapi ada bag lain la dlm luggage tu.

Nasib baik guna FOC ticket my husb tu kami terus check in @ special handling counter. Cepat sikit la kan. Alea n Addina adalah resah sana sini, biasalah, KLIA kan luas mcm surau, seronok nk berjalan sana sini.

Dapat boarding pass tu we decided untuk board sebab 7 orang kan, tak payah nk jadi HERO la masuk lambat2. Bila masuk tu teruuus je ke Immigration counter yg ada officer sebab konon ada stroller and rmai la kan.

Dalam flight: Mmg best krew hala ke Japan, Narita Airport. Sporting2 semuanya. Ada yg nama Azman tu org Utara mmg he was such a funny and easy going punya orang. Kan kami 7 org. Dengan 2 kids ni mmg perlukan tempat yg luas. Nasib baik x melalak budak2 ni macam anak2 org lain. Ke Narita 6 jam.

Ok, sampai2 je di Los Angeles Airport, my sister brought us to Universal Studio Hollywood. Mcm tak percaya pula. OK, klau nk usha2 cara beli tiket Universal Studio Hollywood, Klik DI SINI.

Memang xpuaslah ronda sehari. Mmg penat tapi sbb sejuk, xlah penat berpeluh2. Tu satu yg I suka vacation masa musin luruh ni.

OK, nk layan gambar2, sila ke entry seterusnya. KLIK SINI.

Jumpa lagi. Wassalam.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...