Wednesday, 30 September 2015

Pengalaman bercuti di US 2012 - Part 1


Salam to all,

Entry kali ni ttg US trip I sekeluarga pada 21 - 30/11/2012. Trip yg amat singkat preparationnya n mengundang dugaan di akhir trip itu. OK, I akan mulakan dengan Permohonan VISA USA.

1. Pergi ke laman web Malaysia US Visa . Boleh klik DI SINI.
Baca tentang Visa Types, Visa Fees, pembayaran visa di bank.


2. Pergi ke kedai gambar yg berpengalaman dalam snap pic VISA US ni. Boleh print sebanyak mana yg suka tapi US Embassy hanya nak 2 keping. Pastikan anda save gambar anda mengikut format yg ditetapkan oleh US Embassy. Gambar yang telah di saved akan digunakan semasa permohonan visa online.

Boleh klik DI SINI  untuk panduan mengambil gambar. Mana tahu tokey kedai gambar tu tak tahu format. Or dia cakap dia tahu tapi sebenarnya tak. It happened to me. Boleh print out n bawa ke kedai gambar. Masa I pergi tu 4 keping untuk RM20. That is cheap.


3. Boleh mulakan dengan US Visa Online Application. Form tu namanya DS-160. ( Don't ask me why it is named DS-160. LOL ). Klik DI SINI untuk guideline atau Klik DI SINI untuk terus mengisi form.
* Masa I isi form, I pilih category non-imigrant code B2.
* Lengkapkan form dengan sabar n teliti.
* Surnames : Nama ayah kita e.g Mohd Ali
* Name given : Nama kita beserta Bin n Binti e.g. Azlina Binti
Nampak pelikkan tapi itulah hakikatnya. Dan, sila ikut nama di passport. Kalau nama ayah anda ada @ tapi di passport tiada, don't bother to put it.
* Pastikan anda tahu alamat n contact number orang n tempat yang akan anda stay di US nanti. Anda akan dikehendaki untuk menulis nama, alamat, ctc no sepanjang anda si sana.
* katakan anda akan pergi dengan family sendiri beserta ibu bapa anda, cuma tambah bilangan ahli untuk anda isi form ahli trip yang lain. Tapi, semasa di imigresen di US, anda dikira 1 family. Ibu bapa anda family yang lain. Very complicated and annoying.
* Sila print semua completed form itu ye. Bawa ke US Embassy.

4. Masa untuk membayar. Boleh klik DI SINI untuk baca info.
* According to my exp, I kena bayar RM512 per head. Sayang sungguh, before August 2012, fee masih lagi RM496. Rasa geram sekejap.
* Bank yang boleh kita buat payment adalah Standard Chartered Bank.
* Sila simpan resit. US Embassy akan mintak untuk tunjuk bukti pembayaran.

5. Aturkan temujanji.
* Boleh klik DI SINI untuk baca info.
* Print out  statement yang ada barcode untuk interview tu sebab officer in-charge kat guard post tu akan scan barcode tu. Jangan sekali2 lupa bawa.
* As for my case, interview adalah pukul 8.00 am. So pkul 7.30am dah terpacak berdiri beratur di depan building US Embassy. Hati2, kita akan beratur di sebelah jalan besar. Ngeri I kalau2 my children lari ke arah jalan. Nauzubillah.

6. Temujanji aka interview.
* Prosesnya amatlah 'teratur' sampai ke sana ke mari I n family masa tu.Hangin pun ada. Kena ambil no giliran ye. Lepas tu anda akan dipanggil untuk serahkan semua documents. Contohnya:

1. Passport
2. Completed DS-160 form
3. Photo
4. Additional documents mcm surat, bank statements. bawa je in case dia nak. Time I dulu diaorg xnak pun.
5. Resit pembayaran visa.
6. Slip pembayaran visa.
7. IC photocopy.

* officer in charge akan 'cuba' dapatkan feedback from each family member. Trylah ajarkan mana2 family member yg xpandai English tu. Contohnya kerja apa, nak melawat siapa atau tujuan trip tu. As for my case, my mom hanya senyum. Agaknya penahan senyuman langsung xditanya even 1 soalan kat my mom.

7. Approval.
* Selalunya dapat on the spot berita approve ke idak tu. Tapi nak collect tu jauhla sikit kan. Lepas 3 hari pulak tu.

OK, kita sambung di entry akan datang. Bye!!

Wassalam.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...