Monday, 9 July 2012

Bercuti ke Seoul Korea Selatan: Part 3

IRENE CITY HOTEL



Ini adalah rupa dari depan hotel. Ada tertulis Korean Restaurant.
Signage nye memanjang dari atas ke bawah dan amatlah kecil untuk mengecamnya.

Irene City Hotel ini reception counternya di tingkat 4. Receptionist lelaki Jepun Muda namanya Takahiro. Englishnya agak fluent. Bilik hotel di tingkat 3. Pelik lah jugak bila reception counter lagi tinggi dari tingkat bilik hotel. Ada 1 lagi keunikan, kita bole touch pas bilik hotel di pintu belah dalam lif, barulah lif akan bawa kita ke tingkat 3. Security purpose katanya. Hmm, JAIS tak datang kot. Haha.

Paper cup sampai 6 - habis dibuat toys Alea.

Jangan terpedaya ye, katilnya muat2 bilik, so nk jalan ke bilik air 
adakalanya kena terseksa!

Alea yg sangat happy dapat minum air dr water dispenser.
Lawak je dia ni.

Petang tu kami makan di restoran Korea yg menghidangkan hidangan seafood. Walaupun pork ada dihidangkan, tapi kami tawakkal juga sebab tempat lain tak lalu nak singgah. Restoran ni nampak welcoming.

Restaurant 24jhr. Makan Chilli Octopus
 Apa nama restoran ni, usahlah ditanya. Nampak 24 ni 24 jam dibuka gamaknya. Suasananya redup bila kita masuk dalam restoran ni. Ada ahjumma 2 org yg ramah melayan kita.

Octopus yg diorder takde dlm gambar ni. Syg.
Set hidangan yg harganya sederhana. Ada yg mahal tu xpayahla order yg tu,kan. Octopus yg I ordered tu harganya KRW13,000. Dlm RM40.00 untuk 3 org makan, bolehla kan.

Side dish yg mestinya ada kimchi. Sodap.

Senang cerita, bila perut kenyang suka hati. Hee. Balik hotel bole tido. Alea pun senang hati. Layan gambar2 alea menikmati hidangannya. Yg semestinya 3 kali jatuh sudu dan garfu ke lantai.

Alea mkn nasi+telur dlm tapawer besi Korea.
Kita main dram pula ye. Nasi dhberterabur dh tu.
Chopstick besi dh mencucuk ke langit dh ye, puan2.
OK, ikuti sambungannya di SINI.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...