Please CLICK on the Ad

Followers

Monday, 16 September 2013

Bercuti ke Seoul Korea Selatan: Part 2

Coretan Julai 2012
Salam to all,

Hari ni barulah ada kesempatan nk update percutian ke Korea Selatan baru-baru ni. Berkobar-kobar hati ni siap sempat singgah Jusco beli sweater Alea.
Terus bergaya dgn sweater baru even tag harga belum dicabut.

Dimulakan dengan:

Departure 25 June 2012 11.30pm. Kami bertolak dari Stesen Transit Putrajaya. Lepas beli tiket, kami berehat di Gintell kerusi urut. RM1 untuk 3 minit. Belum ape2 dh mengurut badan. Flight 6 jam je, pun.
Alea menghabiskan duit ayahnya.

Berehat sebentar dlm train.

Flight 6 jam tak terasa sangat, bukan sebab kami pergi dgn MAS flight ye, tp sebab time pun dah 11.30pm. So, si puteri intan payung pun takkan dapat bertahan lewat sgt dh pun. Kebetulan, dlm flight, kami berjumpa dgn pasangan suami isteri dari malaysia juga yg ke Seoul untuk present paper sponsored by UITM. Brother Nizam n Sis Tasya from UITM Sri Iskandar. So, sesi borak2 berlakulah dalam flight sambil Alea berulang alik ke toilet or lavatory. Suke benor Alea ke toilet.


Airbus 330 dalamnya biasa2 aje. No personal entertainment
Sampai saje di Incheon airport, terus jalan straight menuju ke bus station - Airport Limousine Bus No 6015 ke Myeongdong.

Bus Driver tgh tolong masukkan passengers' luggages.
Sempat Alea bergambar. Bas 6015 dan 
berhenti di Bus Stop Namdaemun Market.
Alea yg beramah msra dgn aunty Tasha n Uncle Nizam.

Penat beramah mesra, tertidur si Alea ni.

Kami menginap di Irene City Hotel, Bukchang-dong. Kawasan hotel yg berdepan dengan Namdaemun Market Gate 2. Agak dekat dari jalan besar di Myeondong tu. Rate nya boleh lah check di www.agoda.com dan time I booked hotel tu rate-nya RM398 untuk 2 malam. Agak berpatutan untuk standard hotel bajet di Seoul ini.

Bila kami sampai tu, bilik2 belum dibersihkan oleh Ahjumma2 tu, so kami pergilah berjalan2 di Namdaemun dulu. Beg kami letakkan di hotel. Mase nk ke Namdaemun Market tu, cari zebra crssing tak jumpa2. So turunlah kami ke underground. Tangganya kecil2, tapi surprisingly kami tak penat. Alea berseri2 mukanya dapat naik turun tangga. Hmm..

Kita ke toilet dulu ye. Mgkuk tandasnya canggih abis.
Lagi canggih, tak paham 1 ape pun.

Perjalanan dimulakan dengan Alea nak ayahnya dukung.
Tak larat la ayah tu Alea oi. Kamu 20kg!
Melalui Gate 2 Namdaemun market, kami berjalan2. Kiri kanan penuh peniaga Korea jual pork macam2 gaya masakan, stir fry, bakar, You name it! Seaweed pun ramai yg jual. Rugi tak beli kelp bwk blk Msia buat sayur air.

Jalan punya jalan, jumpa mamat jual kuih traditional Korea.
Siap nyanyi lagu iklandlm English lagi. Lawak dan entah ape2.

Akhirnya dapat juga Alea didukung ayahnya.

Dalam 1 jam kami berjalan2 akhirnya kami ke hotel. Dapat mandi manda n tido sekejap memang nikmatnya terasa. ZzzZZz

Tentang hotelnya, boleh sambung baca di PART 3 ye.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...