Please CLICK on the Ad

Followers

Monday, 9 July 2012

5 makanan terbaik untuk bayi

Salam mommies,

Harini I nk berkongsi info yg I dpt dr babycentre.com ttg 5 makanan terbaik untuk ank2 kita khasnya bayi.

Untuk bayi yg masih baru dgn makanan pejal, harusla kita purikan makanan itu. Samada kisar atau lecek dgn alat yg sesuai. Agak menyeronokkan sebab I sendiri pun baru tau yg bayi amat suka makanan ini dan kita perlu positif dalam memberi bayi mencuba rasa baru. Selepas memperkenalkan makanan pejal baru untuk bayi anda, kita disarankan untuk menunggu 3 hari untuk mengesan sebarang tanda allergy. Iya,lah macam anak I sendiri, kalau tak kena gaya, habis badannya kemerahan gatal.


1. Kacang dhal @ Lentils
Ia dikatakan kaya dengan serat dan protein. Kacang dhal juga tidak mahal dibandingkan dengan sayuran yg lain.
Cara penyediaan:
Kacang dhal yg telah direndam semalaman dan direbus empuk boleh dicampurkan dengan sayuran lain atau bubur anak bayi kita. Perasa bole diubah cara samada madu dan kismis untuk rasa manis. Sedikit garam atau lada hitam untuk rasa yg berlainian. Bolehlah ia dikisar atau dilenyek.


2. Brokoli @ broccoli
Ia kaya dengan serat dan kalsium dan mempunyai rasa yang unik dan mampu membantu bayi menerima lebih banyak rasa baru.
Cara penyediaan:
Kukus brokoli dan taburkan sedikit perasa dan boleh dicampurkan dalam bubur nasi atau kisarkan ia tanpa campuran apa2 yg lain.

3. Sayuran berdaun hijau gelap
Ia kaya dengan zat besi dan folate contohnya bayam dan sawi. Ia memberikan tambahan dua kali ganda zat besi bila dicampurkan ke dalam hidangan bayi seperti bubur atau bijirin bayi.
Cara penyediaan:
Kukus dan kisarkan ia sebelum dicampurkan ke dalam bijirin atau bubur nasi bayi.


4. Beri biru.
Ia baik untuk organ penglihatan, perkembangan otak dan saluran perkumuhan bayi.
Cara penyediaan:
Campurkan semangkuk kecil beri biru dan air dan letakkan dalam microwave sebentar. Campurkan yogurt dan purikan ia.


5. Daging
Ramai yang negatif tentang daging untuk diperkenalkan kepada bayi, tapi sebenarnya daging jika dimasak dengan betul akan menjadi sumber zat besi dan zink yang diperlukan bayi.
Cara penyediaan:
Rebus atau renehkan daging dengan sayuran lain contohnya lobak merah dan sedikit halia serta perasa yang sesuai. Pastikan daging cukup empuk dan lembut sebelum dikisar atau dilenyek.

Itu saja buat kali ini. Selamat berexperimentasi!

Wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...