Monday, 3 October 2011

Bayi kembung perut

Salam to all.
I dh bole makan food yg diidamkan. Hihi. Sebabnya I dh abis berpantang.

Entry kali ni ni
Addina akan menangis menjelang Maghrib. Mulanya I ingat dia dikacau unsur setan ni, tapi I cuba think positive  n bila I bawa Addina ke klinik, Doc kata ada sesetengah bayi memang kembung sebab sistem pencernaan belum matang. I pun xlah terkejut sebab anak sulung I lg teruk kembungnya-sampai muntah. Addina cuma menangis n terkentut2 aje.

Masa di klinik Doc ada tanya whether I bg Addina Gripewater ke tak. Memang I bagi dia minum. I campur dengan air masak n masukkan dalam botol. Mulanya I nak bagi dengan syringe tapi Addina belum pandai menelan direct. I bagi 1.5ml dicampur air 1oz. Alhamdulillah dia mau n hilanglah sekejap ragam tangisnya untuk hari tu.

I pun ade beli Dentinox sebagai ganti Dysflatil yang doc suruh I beli di farmasi since the clinic was running out of it. Rasanya berangin. Pun sama sukatannya I berikan pada Addina. 1.5ml dicampur air 1oz. Doc suruh I bg pada Addina sebelum Maghrib.

Ia pun ada urut perut Addina guna minyak gamat (mak I yang suruh) n kadang2 baby oil (ni ikut style Mat Saleh). I sapu minyak Yuyi lepas I urut. Sapu nipis-nipis sj sbb kulit bayikan delicate. Adalah kurangnya tapi taklah lama mana sebab lepas 2-3 jam, ragamnya datang semula. Tak apelah, ini dinamakan usaha. I tawakkal jelah pada Allah.

Mak I tuam perut Addina dengan daun sireh yang disalai dengan seterika. Modern juga mak I, ye. Dah xkan nk pg ke dapur n salai daun2 sireh tu, leceh kan. Baik guna seterika.Kena jadi resourceful, baru kita maju. Lol. My mother tekan2 kat perut Addina n terkentut2 Addina. Baru Addina bole tidur lena.

Doctor juga mencadangkan I beli susu khas untuk bayi kembung. Ingatkan bole masuk dalam bil sbb panel,kan. Rupanya tak boleh. So I pun bayar jelah. Addina tak pandai bezakan rasa susu lagi, jadi dia bedal jela susu apepun yang disuap ibunya. Hihi. Kandungan susu ni menarik, rupanya pun menarik. Macam pekat2 sikit ala2 dicampur tepung jagung; likat. Mungkin untuk menyenangkan pergerakan.

Harganya RM28.00 untuk 400gm

Puas I cari cara merawat kembung bayi ni. Banyak artikel yg I baca. Antaranya:
1. http://www.babycenter.com/302_crying-colic_1518472.bc
2. http://www.babycenter.com/2_video_10346342.bc

I ada terbaca yang bayi menangis kadang2 bukan kembung perut tapi tak selesa. Munglin bayi2 ni xpandai nak tidur sendiri, jadi dia menangis. Bila dah menangis lama, kembunglah perut tu. Sebab tu I memang tak suka biarkan Addina menangis lama2. Pening kepala pun iye. Jadi I dukung sekejap n dodoi bagi dia lelap n baru I letakkan dia dalam bouncer. Kadang2 I masukkan Addina dalam buai juga sebab I nak buat kerja2 rumah n I takut dia dikacau kakaknya yang nakkan perhatian. Sememangnya, kata org jangan dimanjakan anak dengan mendukungnya tapi I rasa tak ada salahnya pun nk mendukung sebab anak kita n itu adalah salah satu cara untuk bond dengan bayi kita,

Sekarang ni baby Addina pun nak masuk 2 bulan sudah. Dari nasihat doktor n apa yg I baca dari internet, kembung perut akan beransur hilang ketika usia bayi mencecah 3 bulan ke atas.Jadi I kena banyak bersabar n teruskan usaha untuk merawat kembung perut Addina. Moga kembung perutnya hilang cepat.

Ibu-ibu yang lain, ada suggestion lain?
Wallahualam n wassalam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...