Wednesday, 5 January 2011

Pilihan skrub muka

Salam to all.
Hi, hari ni I berseronot-seronot di Alamanda, Putrajaya. Tujuan asal nak survey sandal yang selesa sebab sandal sekarang ni dah kematu rasanya. Koyak sana sini. Ceh, alasan lah tu.

Tapi bila sampai di Alamanda, melencong pula I di Watson. kebetulan, I memang ada kad Watson, so membeli-belah secara berhemahlah, I ni kan. Kebelakangan ni, muka I rasa berminyak & blackheads & whiteheads pun dah bermaharajalela. I pun bertekad nak menjaga kesihatan & kevantikan muka dari sekarang (even pregnant ni amat menyampah nak basuh muka apa lagi bermekap).

Survey punya survey, I jumpalah 1 scrub muka ni. Tengok gambar di bawah. Harganya pun taklah mahal.

Deep Clean Blackhead Eliminating Daily Scrub
 RM19.90 untuk 100gm

Lepas tu, boleh pulak I nampak scrub cap Syahirah ni yang murah & wangii!

RM8.70

So, I elilah 2-2. Setakat ni, I dh try guna Neutrogena, muka I rasa segar. Puaslah I tenyeh-tenyeh scrub ni kat muka I. Memang baunya pun harum tapi tak meloyakan I. nasib baiklah, kan. Dh berabis kalau tak boleh pakai memang rugi.

Scrub Syahirah ni I akan buat spare untuk letak di office. Barulah 24jam segar je muka ni. Takdelah sememeh lagi!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...