Sunday, 12 December 2010

Sandal Bertumit atau Sandal Tapak Rata ?

Salam to all.
Hari ni I buat part time di Nilai. Oleh sebab profesion I memanglah mengajar, walaupun Ahad, kenelah juga I bergaya. Nanti meluat pulak students nak dengar & tengok my lecture.
Bab bergaya ni, I memang fail sikit. Kalau dulunya tudung bawal pilihan di hati, siap berbatu-batu kristal bagai, sekarang ni I lebih senang pakai tudung awning. Tapi baju kurung memang I cuba pelbagaikan. Tang disarung ke kaki tu yang I x pass-pass lagi.

Maybe I tak seberani mcm certain women out there yang pakai sandal bertumit 5 inch. Haluuuus aje batang tumitnya atau sandal mcm tu tak ada size kaki I yang tak kecut-kecut lepas bersalin dulu? Lagipun, boleh terpele’ot kut tinggi sangat. Hmm. Yang I ada pun sepasang sandal yang I beli dengan pau duit my sister. Dah tua-tua pun pau duit kakak. Nasib,lah..


Ni ha, rupa sandal I ni.

Masa I try pakai di outletnya, I rasa cukup selesa. Tapi disebabkan nature cikgu ni,kan berjalan, berdiri, naik tangga, kaki I mcm melecet jadinya. Adoyai, sakit. Nasib baik I tak selalu pakai, kalau tak, mau luka-luka jari-jari kaki I.

Selama ni, I asyik pakai sandal rata. Tengok orang lain pakai yang bertumit, tergerak jugak hati nak cantik dengan sandal bertumit. Bukan yang halus, pun. Sebelum ni, pun I rajin pakai wedges. Tapi dek sebab I ni cerewet memilih sandal, tak dan,lah nak shopping lama-lama. Pakai ajelah sandal yang menyakitkan ni.

Kalau anda, sandal macamana pilihan di hati?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...