Saturday, 11 December 2010

Sabtu Hari Tanpa Beg Plastik

Salam to all.
Tadi I sempat ke Jusco membeli speaker laptop & sedikit barang dapur. Lupa pulak I yang hari ni Sabtu & alamatnya kalau nak beg plastik kene beli. 20 sen untuk 1. Hmm, dalam I ni tak kisah berbelanja, untuk 1 beg plastik berharga 20 sen tu I ni berkira jugak. 

Sejak beberapa tahun ni plastik Jusco senang koyak. Kot ye pun biodegradable, takkanlah sampai senang sangat koyak. Frust je rasa sebab pernah beli beg plastik tu 1 ajelah, size besar. Tak delah sumbat banyak mana, pun. Tapi koyak juga setakat terkena bucu air kotak. Baru je niat di hati nak dijadikan plastik sampah. Dah koyak, buang macam tu, jelah.

Lagi 1, yang I pelik. Kata tanpa beg plastik. Tapi plastik putih untuk letak barang basah masih disediakan. Cuma,nya tak ada pemegang, aje lah. Pada I, plastik lutsinar tu, pun jadi,lah. Dari air udang @ sotong meleleh ke kereta, kan.

Kadang-kadang I lupa nak bawak beg plastik sendiri. Ada beg IKEA tu, mmg elok dibawa. Tapi nk buat macamana. Dah tua. Senang lupa.

So, anda bawa beg sendiri atau beli saja beg plastik di kaunter ?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...