Saturday, 11 December 2010

Kurung Pahang or Kurung Moden

Salam to all.
Kali ni entry pasal fesyen kurung yang I pakai ke pejabat n mengajar. Kebanyakan hari, I pakai Kurung Pahang. Tailor I - Zatia punya tailor actuallynya. Di UNIKEB, Bangi. Not bad jahitannya & price memang standard,lah. RM40 sepasang. Dah 4 pasang I hantar pada tailor ni - antara tailornya ialah Melissa n Kak Ani (tuan kedai). 

Kurung moden pun I suka pakai .. tapi, err.. hanya bila I ada special occasion. Bukan apa. I ni kurang confident mcm org lain. Nak kata I gemuk, bolehlah kot. Terlebih BMI sikit (^_^) tapi masih boleh pakai baju yang beli siap. Ini,lah masalahnya. I memang suka Kurung Moden. Kurung Moden pilihan I bukanlah sendat macam sarung nangka. Nanti orang yang tengok pun wat tambah dosa dia je mengutuk I. I suka yang longgar-longgar n selesa. Kalau belah tepi bajunya tu, pun I suka. Bolehlah sembunyikan lemak-lemak yang ada, ni. Hehe.

Baju-baju kurung yang lama tu naik bosan dah menengoknya. Ada yang dari zaman U lagi. Adoi, I pun nak jugak bersemangat pakai baju baru. Bukan melawa untuk orang lain, tapi untuk diri sendiri. Sekarang I tengah rombak koleksi baju-baju kurung I. I akan tempah 1 pasang baju dalam masa 2 bulan. Kain pun bukanlah yang mahal. Yang biasa tapi warna yang I pilih sendiri & bukan orang lain yang pilihkan.

So, anda bagaimana? 
Kurung Pahang atau Kurung Moden?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...