Tuesday, 7 December 2010

Doa Awal Tahun Hijrah

 



   
Salam to all.
Untuk tahun1431H, I betul-betul lupa nak baca doa akhir tahun. Sayang betul. Tapi doa Awal tahun 1432H, Alhamdulillah I sempat baca dengan penuh rasa syukur. Kalau anda belum berkesempatan nak membaca doa awal tahun untuk tahun baru Hijrah ni, inilah doanya:


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji-pujian itu bagi Allah pentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas semulia-mulia Nabi dan Rasul iaitu penghulu kami Nabi Muhammad SAW dan di atas keluarganya dan para sahabat sekalian.

Ya Allah! Engkaulah yang kekal, qadim lagi azali dan di atas kelebihan Engkau yang Besar dan kemurahan Engkau yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang sesungguhnya telah mendatangi kami, kami memeohon kepada Engkau pemeliharaan padanya dari syaitan yang direjam, pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan kami memohon pertolongan di atas nafsu yang banyak mendorong kepada kejahatan.

Dan kami memohon kepada Engkau bagi melakukan sebarang pekerjaan yang boleh mendekatkan diri kami kepada Engkau. Ya Allah! Tuhan yang mengubahkan segala keadaan, ubahkanlah keadaan kami kepada sebaik-baik keadaan dengan kekuasaan dan kekuatan Engkau wahai Tuhan yang Agung lagi Maha Tinggi.

Wahai Tuhan kami, Kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan akhirat dan peliharalah kami dari azab api neraka. Dan semoga selawat Allah selalu dilimpahkan kepada junjungan Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabatnya.

OK, kawan-kawan sekalian, doa di atas ada versi Bahasa Arabnya tapi I postkan di sini versi BM yang mana I dapat dari buku Yaasin & tahlil keluaran Gemilang Press Sdn Bhd. I pinjam my mom punya.

So, apa azam baru anda?



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...