Tuesday, 2 November 2010

Perhatian: Kes cerai di Selangor mungkin meningkat dengan adanya org macam ni!

Salam to all.
Ni entry ke2 untuk hari ni. Sebenarnya, nk dijadikan cerita, adalah 1 hamba Allah ni tiba-tiba respond kat entry I pasal my friend Udin yang ada gf tapi isterinya tak salah apa pun padanya. Begini perbualannya.

Hamba Allah : Sy tak suka la cerita blog awk ni.
I : Eh, kenapa pulak? (pelik jugaklah sebab tak pernah dapat negative response nih!) Eh, ni bukan empunya blog, ya. Ni husband dia. (I temberang)

Hamba Allah : Sy tak kisahlah sape2 pun. Sebab blog ni menyalahkan lelaki aje.
I : Eh, my wife taklah mmenyalahkan lelaki. Kami cuma cita realiti kat luar tu. Ada masalah apa2 ke?

Hamba Allah : Sebab kes ni mcm jadi kat sy. (Aik, mamat ni ape kene plak nih)
I : Oh, iyaka. I & my wife cuma tak minat cara Udin tu deal dgn prob dia. Ada wife elok-elok pegi cari gf kat luar. Tu aje.

Hamba Allah : Iye,lah. Sy pun mcm tu. Bini sy baik sgt tapi dia bg sy 3 kali je seminggu. (bagi 3 kali je seminggu? Ape mamat ni nak cakap ni?!)
I : Oh, iyeke. (Try cover sebab dah paham ape die maksudkan) Tapi nape U still cari yang lain sebab ur wife elok je?

Hamba Allah : Mana tahan, bro. Sebab tu I chatting malam-malam. Cari 'betina' kat chatroom.
(Astaghfirullah. Disebabkan itu boleh laki ni cari pompuan yang tak halal baginya kat luar)
I : Eh, kalau u ingat pengorbanan ur wife, penat lelah dia memasak, menjaga anak, U tak buat kot macam ni. U jaga Sembahyang?

Hamba Allah : Jaga.
I : Baca Quran hari-hari? (Saja je I kenakan dia)

Hamba Allah : Tak.
I : U ingatlah Tuhan.

Hamba Allah : Eleh. (Aik! Nak elehkan I pulak. Lesing kang!)
I : Tak ada,lah. 3 kali seminggu tu lebih dari cukup kot.

Hamba Allah : Nafsu lu kecik, bro.
I : Eh, U ni. Buatlah cara elok. Pegi Pejabat Kadi. Menikah elok-elok.

Hamba Allah : Alah, Pejabat Kadi boleh buat apa? Nak kawin nanti bini mesti mintak cerai. Dahlah hutang banyak. Anak 3. Pastu nanti mesti mahkamah suruh aku bagi duit kat bini & anak2.
(Aik! Taupun tapi tapi berani buat tak berani tanggung!)

Hamba Allah : Tak apelah, bro. Gua cuma nak bagitau je. Wife lu ni macam nak salahkan laki je.
I : Ingatlah Allah. Balik ke pangkal jalan. Kiamat nak dekat ni. Tak takut ke? Nanti nak bawak dosa menggunung macam tu jumpa Tuhan tapi tak taubat?

Hamba Allah : Lu jangan nak judge gua! ( Amboi, nak marah pulak!) Chatroom ni ramai yang tak puas, bro. Ustazah pun ada yg makan luar.
I : Ingat Allah, mesti U tak buat macam ni.

Kesudahannya...
Hamba Allah : ^%$&(*&(&% ( Dia maki I. Dah bengang kot I suruh dia ingat Allah)

Analisa dari cita ni, beringat2 lah pompuan2 kat luar sana. Status bf masing-masing. Kalau laki org tu, janganlah dikacau. Yang lepas tu, lepaslah. Mulakan hidup baru, buka lembaran baru. Sebab dibuatnya bf tu suami org yang sekadar nak "MERASA" tapi tak nak kawin sebab SEDAR bantak tanggungan, so tak boleh poligami, baik ditinggalkan aje. Ramai lagi mamat-mamat kat luar tu yang single & available. Tapi kenelah kita usaha. Jodoh takkan datang bergolek.


Kepada lelaki di luar sana, 1 aje.
Sepandai-pandai tupai melompat, Akhirnya akan tergolek dok ke tanah juga. Tunggulah panggilan dari Pejabat Kadi. Kalau tak jugak bertaubat, tunggulah balasannya di neraka. I pun buakan malaikat, bukan maksum. Tapi kalau dah 2010 ni masih nak bersuka-ria, bila lagi masa nak bertaubat.
Banyak saluran di luar sana yang boleh membantu meningkatkan kualiti rumahtangga kita. Hubungan intim bukan fokus 100% perkahwinan. Kalau mcm tu,lah pemikiran kita, alamatnya kita kalahlah dengan artis yang cerai berai tu. Cuma tak fofular & tak berduit mcm depa aje.

Wallahualam.







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...