Monday, 29 November 2010

"Fibre Fever?"






Salam to all.
Hari ni I nak cerita sikit pasal "demam" baru I. Fibre @ serat. I tengok orang lain sibuk nak mencantikkan diri & beli produk macam-macam. Ada produk luaran & dalaman.

Sekarang ni I tengah minum fibre drink jenama Cosway. Namanya Fibre plus. Tak mahal pun harganya & berpatutan. I memang suka sebab harganya cuma RM12.50 untuk pembelian pertama & RM9.90 pada pembelian ke 2 & 3.

120gm.
Ada scoop comel di dalamnya.
I masukkan 1 scoop serbuk fibre ke dalam
botol air mineral, goncang & minum.

I memang kurang makan sayur, so sistem penghadaman I agak "weng". Malas pun iya, mula-mula I nak minum fibre drink ni. My friends yang suggest sebenarnya. So, every day I minum mineral water, tu, separuh darinya I akan campurkan dengan Fibre Plus & kene terus minum, tau.

Kebaikannya : Ia seperti kita makan 10 biji epal setiap hari. Tapi dari segi zatnya, tentulah epal lagi berzat tapi I memang bukan penggemar tumbuhan ni (T____T)

Rasanya pun not bad. Kebetulan ia perisa oren yang tak strong so, I memang suka,lah. Ia mengelakkan I rasa terlampau lapar pada waktu tengahari, so, tak adalah perut I pedih aje nak menunggu time lunch.

Tapi, tidak disyorkan minum b4 tidur ye.

Ok, kawan-kawan. Minuman kesihatan apa yang anda ambil? Please share.

XOXO

Azlin Zain


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...