Monday, 29 November 2010

Bagaimana nak mengelak angin dalam perut

Salam to all.
I baru je terbaca article di www.everydayhealth.com tentang macamana gas @ angin boleh berlaku & macamana nak mencegahnya. Kadang-kadang memang kita rasa kembung perut & asyik nak sendawa aje. Kalau tak sendawa @ kentut, boleh sakit kepala dibuatnya. Anda boleh baca DI SINI.

Jom kita tengok:

Jangan minum minuman bergas - buih2 akan menyebabkan pengumpulan gas. Sedap memang sedap, tapi effect lepas minum tu memanglah seksa & derita. Asyik sendawa aje. Kadang-kadang terkuat sampai orang pandang.
Source : HERE






Jangan minum dengan straw - setiap sedutan mengandungi angin sebelum kita menyedut air. Elok juga. Orang tua pun tak bagi kita asyik minum time makan. Pesan minuman panas tau!!

Kurangkan makanan ringan seperti gula-gula & manisan lain - sekali-sekala tak ape, kan (T___T) sebab I penggemar makanan manis.
Sedapnya cokelat ni!!

Kurangkan makanan yang diproses - elok sangat sebab usus takkan dapat mencerna dengan mudah sebab adanya bahan pengawet.
Yang halal dalam gambar ni semua I suka!!
Tak ada 1 pun yang I tak suka (T___T)

Kurangkan pengambilan minuman @ makanan yang dimaniskan dengan fruktosa.

Jika anda ingin minum susu, tunggu sekurang-kurangnya 2 jam untuk anda mkn makanan lain - badan kita mencerna susu agak lambat, jadi jangan dicampur proses mencerna susu dengan makanan lain, atau perut akan menghasilkan gas yang berlebihan.





Apa lagi food yang boleh menyebabkan perut tak selesa??
Mehlah share(^^)


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...