Monday, 15 November 2010

Alkisah Jus Roselle.. Boleh jadi businesswoman, nih!







Salam to all.
Dah lama I nak share my expertise dalam membuat jus asli tanpa pengawet nih (yang mana semua org pun boleh buat & tak delah special mana pun (T_T). Kebetulan rumah I ada 5 pokok Roselle. Benihnya mak metua I yang bagi & yang menanamnya? Sudah tentulah... Bukan I! I ni memang tak nak bersusah-susah main tanah sebab adanya cinonet bernama Azalea yang suka menyibuk & I jadi penat nak ulang alik ke toilet basuh kaki & tangannya.

Tapi yang sedihnya, pokok2 roselle dah tumbang. Tengok ni:

Oh Roselle ku!!
Nak tanam semula memang idakle.. Maleh temaan.

Banyak jugak dapat dari 1 pokok nih.
Lumayan!! Kasi cloze-up sket ala-ala covergirl.


Cantikkan buah Roselle ni.
Subhanallah. Lagi sodap dari Ribena.

Cara nak buat jus pekat Roselle bukan susah pun. Tapi ada TRICK. Kalau gula sikit sangat, nanti masam sangat & kene bancuh dengan air gula lagi. So, kena,lah banyak sikit gulanya. Untuk sebakul kecil Roselle yang dah diasignkan dari bijinya, I masak air dengan 1 kg gula. Masak lama sket dengan api perlahan selama 30 minit @ sampai kelopak Roselle lembut & layu.

Hati-hati!! Takut nanti meruap bila dah mendidih benar. So, jaga-jagalah apinya tu,kan. Kacau sekali-sekala. Jangan tinggalkan senduk di dalam periuk pulak!! Nanti senduk jadi kelabu. Entah kenapa.

Sejukkan & isikannya dalam bekas & simpan dalam peti ais. Sedia untuk dihidang. Senang sangat nih!! Budak darjah 1 pun boleh buat. Tapi jangan main api,lah kan.

I pernah simpan jus pekat Roselle ni sampai 2 minggu & Alhamdulillah tak berkulat @ masam. Cumanya, bila masak tu biarlah pekat sikit & tak payah diasingkan kelopak Roselle dari airnya. Kalau tak suka, lepas minum, boleh buang aje.

Niat di hati nak jadi pengusaha Jus Roselle. Tapi tanah mana pulak nak diteroka, nya I ni kan. Kang kene jumpe Tuan Tanah Kedaung pula. Insyallah, ada rezeki, tak kemana. Macam jodoh I & husb. Memang tak ke mana, lah even distant love.

OK, kawan2. Selamat mencuba!! Anda ada resipi yang lain? Meh share!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...