Friday, 29 October 2010

Set mewarna pertama!!

Salam to all.
Hari ni, I belikan Azalea drawing block kecik & set kaler Stabilo. Haha. Teruja I dengan idea nk exposekan dia dengan art & latih tangan dia memgang pensel. Sebabnya, my friend siap hantar anaknya ke art centre yang fee nya beribu RM. Ishk, sayanglah pulak I nak habiskan duit beribu untuk tu, nak-nak sekarang ni tengah saving untuk beli rumah.

Mulanya, I dah ingatkan diri I janganlah I high expectation sangat pada Azalea ni. Sebab I dah banyak kali beli something untuk dia, tapi dia wat dek aje. So, balik dari kerja I rilek-rilek & tunjukkan drawing block n kaler ti kat die. Bagi kaler 1 batang dulu! Dah tau Azalea ni jenis masuk semua dalam mulut bila tengok benda baru. So, I monitor her closely. Ada jugak percubaan untuk makan kaler tu, tapi I tunjuk jari kata "NO". Alhamdulillah dia faham.

Tapi dah namanya budak, mestilah tak tau apa yang dia tulis or kaler tu. Tapi menarik sangat. Dengan ekspresi muka dia. Kelakar sangat. Macam iya-iya menulis pulak, Drawing block tu ada gambar & English Words. I amik underwater animals theme. Harganya cuma RM3.50 aje. Kaler pensel pulak RM4. So memang bawah RM10 lah, kan.

Memang I terkejut sebab nak pulak dia duduk diam & kaler celorong celoreng. Baru je lepas sepahkan bantal & selimut tu. Bab sepah-sepah barang tu I redha jelah.

So untuk mothers out there, lunch-lunch tu pegilah survey kat kedai buku untuk anak anda. Kalau tak sempat, boleh pesan kat I sebab i memang nak beli lagi untuk Azalea.

OK, jumpe lagi. Byeeeee!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...