Saturday, 23 October 2010

Resipi simple untuk toddler..

Salam to all.
Hari ni Azalea kenyang makan shell macaroni. Sebenarnya buat meal ni untuk toddler taklah sesusah mana. I sendiri enjoy cooking for my own daughter n bekalkan ke rumah pengasuh. Nak tahu resepinya?

Bahan-bahan:
  • 1/2 cup shell macaroni (direbus hingga empuk)
  • 1/2 cup daging ayam (isi sahaja)
  • 1 biji bawang putih (dihiris)
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 cup air
  • Secubit garam
  • 1/3 cup daun bawang (dihiris halus)
Penyediaan
  1. Ketepikan macaroni yang telah dimasak setelah ditos kering.
  2. Panaskan air dalam periuk, masukkan hirisan bawang dan daging ayam. Rebus hingga empuk.
  3. Masukkan garam secukup rasa dan diikuti daun bawang.
  4. Letakkan macaroni ikut suka banyaknya & siat ayam yang direbus tadi di atasnya. Tuangkan sup ayam tadi.
  5. Hidangkan setelah suam.
Sangat simple cuma tak ada sayur sebab I bagi anak I hirisan buah sebagai desert. Tengok Azalea makan sampai senget2 badannya.
Ni dah makan 2nd round. Syok tengok Dibo the Gift Dragon.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...