Sunday, 10 October 2010

Pertama kali membeli kasut bertumit sejak bergelar ibu

Salam semua.

Since beranak 1, I memang takut nak pakai kasut bertumit. Bukan 5 inch pun, just 3 inch aje. Itupun I rasa dah melampau. Mulanya sebab I memikirkan sangat proses nak menghantar Azalea ke rumah pengasuhnya, takut kang terpeleot kaki I semasa mendukungnya. Tapi kasut dah dibeli sebab I memang sangat-sangat mengidam.

Tiba-tiba I tengok 1 episod Oprah ni kata beliau ada certain shoes yang beliau pegang sampai ke tempat duduk & baru pakai. Maknanya ada kasut yang ditakdirkan hanya untuk certain situation. Macam situasi I ni, nampaknya kenalah I pakai selipar dulu nak menghantar Azalea & sampai ofis baru pakai. Dah settle masalah I yang I dok pikir2 (macam masalah negara aje nak pikir iye2).







Kasut ni I beli di Sembonia Alamanda. Ingatkan ada sale, mata I pun tengah rambang masa tu, I terambil yang tag New Arrival sebab bila bayar, I hairan takde discount padahal time tu sale. Adik cashier tu kata, "Sorry, kak. Ni new arrival punya kasut. " Alamak, sebab dah berkenan sangat I ambillah juga. Sebenarnya, my sister yang bayar & I tumpang kesian kat dia sebab takde discount. Hehe. Pau kakak.

Biasa-biasa saja rupanya tapi inilah yang paling selesa dipakai.

Sebenarnya sejak bersalin, kaki I kembang tak mau sururt-surut. Adus, malu. So, ini ajelah yang I berkenan plus size kaki I available, iaitu 40 / 8. SO, good luck untuk diri I sebab I tadi dah try berjalan-jalan dengan kasut ni tapi macam nak terjatuh. Dah lama sangat tak pakai heels.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...