My Nuffnang

Pengikut

Rabu, 5 Ogos 2015

Pengalaman menghantar anak ke nursery

 #Coretan blog 9/10/2010#

Salam to all.

Dah lama I nak ceritakan tentang pengalaman I menghantar anak ke nursery.

Anda boleh panggil I cerewet dan  memilih tapi I memang punya pengalaman yang membuatkan I serik menghantar Azalea, anak pertama I ke nursery. Mungkin ini dugaan yang Allah nak berikan pada I bila punya anak &  mungkin orang lain punya pengalaman yang baik-baik saja bila menghantar anak mereka ke nursery. Tapi I memang sangat lega bila I dah jumpa orang yang boleh menjaga anak I dari memindahkan Azalea dari 1 nursery ke 1 nursery yang lain.

Bila I mendapat tawaran bekerja di Bangi, I terlebih dahulu menghubungi bakal bos I masa tu (Kak Zura) di taska mana patut I hantar Azalea di Bangi. Pada I, baik I cari di Bangi, kalau ada keperluan, boleh I tengokkan dia. Yang merisaukan hati, Azalea memang suka menangis bila takde orang di sisi, jadi I memang nak elakkan dia menangis banyak sangat, kenalah memilih sikit masa mencari taska. Alhamdulillah, dapat juga taska yang elok untuk Azalea. Kak Zura mencadangkan Taska Ilham Kasih, tempat yang sama beliau tempatkan anak bongsunya, Ilyasa'. Azalea diletakkan di dalam buai &  sememangnya dia tidur lena dalam buai & dibedung. Lega hati I.

Oleh sebab taska tu terletak di Bangi, I terpaksa mengharung jam di susur keluar rumah bersama-sama Azalea. Kadang-kadang jam sampai setengah jam tak bergerak-gerak. Risau juga hati bila Azalea merengek di sebelah I tengah-tengah jam, tu. Pernah sekali jam teruk &  Azalea terberak. Panik I dibuatnya. Dia menangis tak selesa. I nak berhenti di tepi pun kereta lain memang tak bagi chance I nak mencelah. I memang rasa nak menangis tapi I tahan aje. Husb I pulak kerja malam, so menjelang tengahari baru balik.

Disebabkan kejauhan tu, &  keadaan yang tak mengizinkan, my husb mencadangkan kami survey taska yang berdekatan dengan perumahan kami. Mulanya I nak masukkan Azalea ke Bonda Mama Kids Centre. Kemudian entah macamana I jumpa taska yang hanya 100m dari rumah I. Namanya I kurang ingat. Rumah banglo yang disewa untuk dijadikan taska 2 bulan - 3 tahun. I juga lega, taska tu mempunyai kemudahan - buai. Cuma I provide spring (5 spring) &  kain buai (Baby Kiko lagi) sebab I memang utamakan kebersihan jadi tak mau pakai yang nursery punya..

Seminggu dua memang OK &   Azalea pun suka. Tapi lama-kelamaan I jadi tak sedap hati. Pernah beberapa kali I balik awal sebab takde kelas, dalam pukul 4.30pm I sampai, I bagi salam tapi takde sape yang menyahut. I tergerak hati nak intai menerusi tingkap bilik depan, sebab I tengok di ruang tamu, kanak-kanak bermain sendirian & sememangnya I tahu bayi diletakkan dalam bilik berasingan (bilik depan). Intai punya intai, I nampak kelibat Azalea tengah baring tergolek-golek atas tilam. Rupanya pengasuh-pengasuh taska tu kenduri tidur dalam bilik tu &  membiarkan bayi-bayi bermain sendirian! I punyalah terkejut &   bengang sampai suara I terkuat sedikit mengejutkan pengasuh-pengasuh tu meminta agar disiapkan Azalea sebab I nak ambil bawa pulang.

Punyalah I geram bila salah seorang dari mereka jawab, Azalea belum dimandikan. I kata, tak apelah, I mandikan dia di rumah. Bila I dukung Azalea, bau busuk menyengit hidung. Ya Allah, anak aku berak dah berapa lama,lah ni tak basuh-basuh. Takkan nak tunggu menangis baru nak basuh. Keadaan Azalea sangat comot &  tidak memuaskan hati I. Muka I dah masam &  agaknya mereka perasan, cepat-cepat mereka minta maaf. I kata xapelah, I ok aje. I bawa pulang Azalea &   mandikan dia bersih-bersih &   wangi-wangi. Sekali lagi I terkejut, bila I bagi susu pada Azalea, dia minum dengan lajunya macam terlalu dahaga. Tak pernah I tengok dia sedahaga itu. Ya Allah, sabarkan lah hati ini.

Jauh di sudut hati I, terasa bersalah membiarkan anak dijaga oleh orang lain. Tapi apekan daya, I tak kenal sesiapa di situ sebab I memang baru. Nak berkenalan dengan jiran pun tak sempat. Jiran pun macam tak berapa ramah bila I cuba tegur. Waktu melihat Azalea minum susu, I memang sedih &   mengalir air mata I. Kasihan anak ibu, bertahan ye, sayang.

I berbincang lagi dengan husb I tentang kes hari itu. My husb kata, nursery memanglah begitu & menyuruh I bersabar. Iyelah, I ikut katanya. I hantar Azalea seperti biasa &   nak ditakdirkan Allah, Azalea dijangkiti selsema selama lebih kurang 2 minggu. Puas I bawanya ke 2-3 klinik tapi tak baik-baik juga. Doktor kata, bila letak anak di nursery memang itulah risikonya anak akan senang dijangkiti penyakit berjangkit. I juga meminta doktor memberi ubat untuk bahagian badan Azalea yang kemerah-merahan disyaki Eczema. Memanglah bila kita hantar anak ke nursery kena periksa dulu tahap alahannya. Dah Allah nak jadikan Azalea jenis kulit my husb, cepat ruam merah bila peluh, memang perlu untuk kami mencari seorang pengasuh dari menukar taskanya.

I ingat kes pengasuh tertidur tu hanya sekali, rupanya memang rutin mereka di tengahari begitu,tidur beramai-ramai. Pernah I saja ambil half-day &  balik jam 2 tghari, pengasuh-pengasuh itu memang sedang tidur &  kanak-kanak yang lain ada yang bergaduh & menangis. I intai. Azalea sedang nyenyak dalam buaian, jadi I diamkan. I balik ke rumah &  settlekan kerja-kerja yang patut & kembali menjemput Azalea pada jam 4.30pm. Sekali lagi Azalea belum dimandikan & pengasuh-pengasuh itu baru saja bangun tidur. Tak senonoh sungguh mereka ni,getus hati I. I tunggu 5 min &  bagi salam. I nampak mereka kelam kabut & meminta I tunggu sebab mereka nk mandikan Azalea. OK, I tunggu diluar. Tapi, ya Allah, dah namanya baru bangun tidur, pergerakan mereka sangat lambat.

Melihat pada kelembapan mereka, I masuk je &   terus pakaikan baju Azalea bila I tengok dia sudah mandi. Memang geram dibuatnya, tapi I buat muka manis,lah sebab I dah rempuh masuk tanpa kebenaran. I nak balik masak lagi, memang tak sabar dengan orang lembap macam tu.

Nak dijadikan cerita, I hantar juga Azalea ke nursery belakang rumah I even I berikrar tak nak hantar dia ke situ. Denagn suara bayi &  kanak-kanak kecil menangis, I memang tak nak anak I jadi mangsa. Tapi my husb kata Azalea dah besar, so dia takkan apa-apa. Dengan berat hati I hantar Azalea. Kelebihan menghantar Azalea ke taska kali ini adalah kerana ia memanglah sangat dekat &   menyenangkan hati I, tapi I setiap kali ambil Azalea balik dari taska ni, dia mesti menangis menunjukkan reaksi trauma yang menghairankan I. Macam dia tak sabar nak memeluk I. I memang tak sedap hati sangat-sangat bila melihat tanda-tanda macam ini.

Setiap hari I memang bekalkan Azalea makanan tapi kadang-kadang tak berusik. Dalam hati I, mungkin mereka bagi makanan yang mereka masak. Dan yang paling menghairankan, tuala Azalea tak pernah digunakan. 

"Bila I tanya, kenapa tuala anak I bersih sj, tak guna, ke?"

Staf nursery yang pass anak pada I kata tak sempat nak ambil tuala anak I &   dia pakaikan towel bayi lain. Punyalah I terkejut sampai tak terkata apa-apa. Tuala orang lain mungkin tak bersih & sebab itulah ruam Azalea tak baik-baik.

Setaiap kali I ambil Azalea, staf tu mesti cakap Azalea kuat menangis &  tak boleh ditinggalkan. Eh, anak I kecil lagi, kot. Dan setiap budak mestilah berbeza &   I bayar untuk mereka menjaga anak I bukannya untuk condemn anak I macamana. I cuma senyum saja sebagai balasan.

Bila sampai rumah, I periksa bakul baju Azalea. Lampin pakai buang cuma luak 2 keping. Takkanlah sepanjang 8 jam, hanya 2 kali lampin Azalea ditukar. Patutlah ruamnya tak reda-reda. Geram bercampur terkilan I dengan attitude mereka. Sudahlah I tak dibenarkan melihat keadaan dalam taska tu & angin ape lah yang masuk dalam kepala I sampai I membenarkan Azalea ditinggalkan di situ tanpa I melihat dulu keadaan dalam tempat itu. Kuasa Allah, kegusaran hati I terjawab bila 1 hari, staf taska memberitahu Azalea 'digigit' kawannya. kawannya yang mana 1 I pun tak tahu. Anda boleh lihat pada gambar di bawah.

Kesan lebam di betis seperti ada yang mencubitnya sehingga lebam.
Ini kesan gigitan ke?

Ada kesan cubit juga di pergelangan tangan Azalea.

Lebam-lebam di badan Azalea disyaki dicubit.

Bila pulang ke rumah, I memang tak puas hati &  I scanned badan Azalea. Luluhnya hati I bila melihat kesan-kesan lebam di atas. Terus I call my husb suruh dia pulang segera sebab I nak buat repot polis!! Bila husb I pulang, dia tak bagi I terus ke pihak polis, jadi kami ke Hospital Putrajaya untuk meminta doktor examine lebam-lebam itu. Mereka menyarankan kami membuat laporan polis tapi my husb yang berkeras menolak dengan alasan takut kami salah telahan. Jadi, kami meminta agar pihak hospital melaporkan kejadian ini kepada JKM.


Kebetulan hari yang sama, I daftarkan Azalea di Columbia Specialist Hospital Puchong untuk rawatan selsema & batuknya yang berpanjangan. Kisah Azalea di wad akan I publishkan tak lama lagi.


Nak dipendekkan cerita, dalam I susah hati menghantar Azalea ke nursery di belakang rumah dengan hanya berjalan kaki, I ada juga bertanya-tanya pada kakak yang tinggal di depan nursery tu sama ada ada orang yang mau menjaga Azalea. Rupanya kebetulam kakak tu memang menjaga anak 2 orang api beliau tak mahu tambah lagi. I pun tak kata ape,alah. selang 2-3 hari beliau ada lagi berborak dengan I & I tergerak hati untuk memujuk beliau menjaga Azalea. Beliau meminta I memeberinya masa untuk berbincang dengan suaminya. Kuasa Allah &  berkat doa mak abah I yang risaukan Azalea, kakak tu @ Kak Ila sudi menjaga Azalea. Alhamdulillah. Tapi agak kelakar sebab rumah kakak tu betul-betul berdepan dengan taska yang menyebabkan anak I lebam-lebam di badan &  trauma sebab dibiarkan menangis terlalu lama. Sekarang Azalea lah heroin di rumah Kak Ila & paling tinggi &  paling chubby dijaga Kak Ila. Aduh, lenguh lengan mendokongnya.


Kepada ibu bapa di luar sana, jika ingin menghantar anak ke taska, sekali sekala perlu juga buat spot check. Kita bayar untuk mereka jaga anak kita. Jangan dibiarkan mereka membuat sesuka hati pada anak kita. Tapi kalau anda big fan of nursery, I kira anda mestilah mempunyai anak-anak yang kuat &  lasak tak seperti anak I. So survey dengan sebaiknya sebelum mendaftarkan anak ke nursery. Periksa sama ada nursery itu berdaftar atau tidak.

Good luck!


29 ulasan:

  1. Salam,

    As for me, Adam memang immunity badannya lemah masa baby. Baru 2 minggu di taska dah kene warded sebab batuk berkahak yang teruk.

    Atas nasihat Paed, akak terus cari orang jaga [baby sitter] Took about 2-3 weeks nak survey baby sitter sampai Adam dah x mahu direct BF. [akak tinggalkan di umah MIL, balik 2 hari sekali]

    Alhamdulillah, sampai dah 3 yo ni, Mak Noli dia sayang sangat ngan Adam sampai kitaorang geram lak kat Adam coz dia spoiled gile...

    Ni tak sabar nak masukkan taska so that he will learn to make friends...:)

    Take care

    BalasPadam
  2. SMS nama taska tu dan alamatnya pada saya - 013-9685683.

    Laporan polis adalah tindakan paling tepat. Tapi tak ramai ibu bapa nak kecoh-kecoh cari pasal dengan pihak taska. Kesudahannya, mereka cuma berhenti hantar anak ke situ.

    Tapi cuba bayangkan apa nasib kanak-kanak lain yang masih dihantar ke taska begitu?

    Kalau Azlin tak nak panjang-panjangkan hal ni, biar saya tolong panjangkan ke pihak JKM. :-)

    BalasPadam
  3. Dear Ila, thanks for sharing your story. Betul tu, term spoilt tu memang tepat. Sekarang Azalea pun memang dh spoilt sgt sebab manja tak kena tempat.

    Dear Asiah,
    Nanti I sms u the add n telephone number. Thanks for being attentive on this matter.

    BalasPadam
  4. Alin, aku paham perasaan ko. Yerla, kita dah jaga anak kita betul2, senang2 jerk orang lain wat camtu kat anak kita. As for me, Alhamdulillah, nursery Zarif tu ok. Aku baca pasal nursery tu kat susuibu.com. Memang ada lesen n taska rakan ibu yg support BF as I plan to BF till Zarif 2 years.

    Tak puas hati skit2 tu biasa ler.. Cumanyer, pekerja selalu sangat berhenti sbb rules nursery tu ketat sangat sampai pekerja ramai yg tak tahan. Dah a few times pekerja lari camtu jerk tanpa notis. Kesian kat pekerja yg tinggal terkontang kanting nak uruskan budak2 tu.

    In case ko/ kawan2 nak carik taska kat Bangi Seksyen 7 or Seksyen 4, mmg aku rekomen ler taska tu.. =) Tp, slalu kuota dia slalu penuh ler..

    BalasPadam
  5. huh memang pon kalu antar nursery memang slalu jadik masalah2 gni.. better carik pengasuh
    bukan apa ada jugak kawan2 saya yang ada pengalaman
    depa ni slalu soh anak2 yang besar sket jaga adik2 yg kecik... tu yg slalu jadik kes tercekik susu.. nauzubillah....
    ada tu yang jaga lebih dari kuota....

    BalasPadam
  6. Thanks pn ros. Memang dah dapat pengasuh dh skang ni.

    Dayana: alah zareef memang kental sebab tu boleh duduk kat nursery.Chaiyo2!

    BalasPadam
  7. alin, anak2 aku pun hadapi apa yg azalea kena..

    anak sulung aku dah 3 tahun, mulut nyer becok, dh pandai ngadu. balik nursery, selalu ngadu ibu tampar pipi. kadang2 dahi. budak2 tak pandai tipu n pilih kasih..
    hanna pun jenis kulit sensitif, hujung minggu kita jaga elok, licin jer kulit nyer, tp bila hantar ke nursery, dah ruam satu badan. sabun berubat yg aku letak dlm bakul mcm jarang terusik. pampers pun 2 helai jer.

    skrg pun aku tgh cr pengasuh tuk hanna. kesian dia tergaru2 gatal badan. tp aku br 3 bulan kt cn, tk kenal sesapa, minta tolong dr mak ex-student aku. tak tau la cam ner.

    dulu masa mula2 pindah ke tasik kesuma, hantar anak ke nursery dekat umah, jalan kaki jer, memang aku puas hati kak sal tu jaga. anak2 aku bersih cantik. kebetulan hanya hanna jer baby kat situ. tp 2 bulan je coz nursery tu tutup tk cukup pengasuh. pengasuh dia berhenti. skrg kakak tu buka kedai makan.

    so aku terpaksa cr nursery lain. rata2 nursery tk der kosong tuk baby, hanya nursery tu jer.

    hopefully tk der la kisah2 tragis berlaku...

    BalasPadam
  8. owh..amat keji pekerja di taska tu...bek lapor ke polis...baby sitter sy juga suka cubit telinga anak..skrg anak sudah pandai meludah..sy rasa dia meludah anak sy bila dia marahkan anak saya

    BalasPadam
  9. kesian nya anak akk.. perlukn kesabaran kn menjaga budak2.. :)

    BalasPadam
  10. susah nak jumpa nursery yg betul2 ada staff yg boleh harap.. apa2 pun, nasib baik mak dia alert..

    BalasPadam
  11. MasyaAllah..kesiannye azalea!! kalau aku, jgn kn hati remuk, menangis la tgk..geramnyee! mmg cubit ni, abis tu kalau bukan cubit, xkan kesan gigit nyamuk?
    report polis sblm org lain kena lin!

    BalasPadam
  12. Terbaca entry ni, nak juga saya kongsi bersama..masa anak sulong, sy masih bekerja. Anak tinggal dekat area rumah, stay kat Damansara keje kat Bangsar..jauhla jugak. Taska yg sy hantar tu ok sebenarnya, tp sy tak sanggup berpisah dgn anak dr jam 7am sampai 6pm. Anak pula kerap batuk & demam berulang ulang, sampai warded. Last2 mase anak sy 6 bulan, sy nekad berhenti keje sampai skang. Gembira dapat jaga anak sendiri.

    BalasPadam
  13. alhamdulillah sy x pnh anta anak sy ke taska..mmg takut nak anata anak nursery psl sy pnh keja bhgn kindy..mmg dahsyat tp terpaksa sbb bdk ramai..mcm mana nak manage.tu kdng2 anak blk mcm lapa kan?sbb ada timing minum air,minum susu mkn etc..dulu tike keja kindergarten to kill my time,i anata anak kat rumah org..mmg bgs dia jaga cuma dr segi pelajaran x berkembang sgt la(anak i 2thn) mmg kecik tp actually at this age la otak anak absorb dgn pantas mcm span.walau kita ajar dia x dgr tp actelly masuk dalam mind dia.thats y now i quit stay at home n jaga makan pakai..boleh tgk depan mata..makan pun kita x susah hati-fyi i'm health freak..sgt concious klu anak i x mkn dgn btl means meal yg ada carb,protein,fat n vitamin suma.so mesti seimbang n NO NO msg or ajinomoto dan sbg nya. tp bila mood malas masak tu dtg i bwk gak anak mkn luar.most of the time klu i nak pegi somewhere yg smmgnya crowd/rush atau i rasa x selamat anak i mkn,i'll prepare food from home for him.bw lah jagung kukus ke,apple ke pisang n spageti ke ape..nak beli buah kat luar pun i rasa mcm x bersih dorg potong.even cookies i bake for him.hehe..

    BalasPadam
  14. Saya pernah ada pengalaman hampir sama masa hantar anak saya yang sulung ke nursery. Anak saya dimasukkan ICU gara-gara sikap penjaga nursery yang tak peka dengan kesihatan baby. Pernah jugak hantar ke rumah pengasuh yang tak ikhlas jaga dan macam-macam lagi. Alhamdulilah lepas lebih setahun berendam air mata, hampir jugak saya nak berhenti kerja kerana risaukan anak saya. Saya dapat jumpa pengasuh yang baik. Sampai hari ni dah 5 tahun pengasuh ni jaga ketiga-tiga anak saya. Allah saja dapat membalas jasa baik pengasuh saya yang ni :)

    BalasPadam
  15. anak bongsu kak liza masih lagi hantar ke nursery.. 3 tahun dah. kak liza pun sangat cerewet juga memilih/ alhamdulillah// dpt yg ok. kalau ada yg problem memang kak liza tukar. selalu juga spotcheck/ kesian azalea. ada 1 nursery belakang nursery anak kak liza tu selalu problem.. staff terjerit2. bila owner tak de manner & pemalas, pekerja akan ikut. pelik tengok ada juga yg nk antar ke situ/ anak kak liza 5 org, semuanya tinggal dgn pengasuh yg berbeza sebab pindah rumah. selalu seminggu kak liza meronda cari tempat pengasuh.. kalau tadika cadangkan Little Caliph di Taman Seri Melur dekat seksyen 7 belakang Intanaria..

    BalasPadam
  16. saya baru dipindahkan kat bangi tp stay kat seremban 2..suami keja kat tampin..sekarng ni xtau d mana nak letak anak..sebab sy xtau sangt area kawasan cni di sebabkan saya datang dari sabah..takut sangt hantar nak kat nursery after baca semua luahan2 ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam sy pengasuh di seremban 2 awk duk mane. wat mse ni sy jg x rmai. bley hbgi sy di 01114766205

      Padam
  17. OMG....apa punya nusery lah....anak saya setakat ni semuanya hantar rumah pengasuh....alhamdulillah pengasuh ok

    BalasPadam
  18. Mmg diakui byak kes mcmni..Experience saya msa saya hntr my eldest son to nursery mmg byak, ada yg ktor, time ambk anak comot n tapak kaki penuh debu, saya stop and change to other nursery..new nursery, nmpak bersih but my son still cry evrytime I hantar. But I knew that, I kna kuatkan hati and jadi keras hati, sbb kalau kta terlampau fkirkan and kesiankan anak, sampai bilala dia akan ok and bleh adapt dgn new environment. As long as xda lebam, luka its ok for me..but lama2 tu, ada penyakit gatal2 dkt kulit dia especially betis, peha kaki..rsanya kna gigit dgn hama..saya xnak panjangkan citer bcoz that problem is come from external control and unavoidable. but things getting worst, my husband directly call their owner but their owner can't say much since dia pun bukannya stay stu and control everything. Yang xsedapnye, bila da complaint, mcmna kita nak confront dgn pengasuh, that part saya pling xsuka..but my husband said its our right since we paid them. But now, I knew that feeling since I'm operating a nursery and it's not all about being paid. sometimes, kids yg parent hntr mmang dlm condition yg bleh dikatakan agak teruk, anak dihantar dgn pampers ptang smalam yang dri nursery xbertukar sampai pecah2x pampers tu bla kami buka nak mandikan, botol susu malam tadi xberbasuh sampai susu jadi susu sejat or yogurt and siap psan pada kami jgn bagi susu tu ye, tu susu malam tadi, expect kami ptongkan kuku anak2 mereka. Sometimes, mentality a few parents ni expect kta buat smua utk anak mereka but saya pesan pada staff saya, kalo bleh buat yg wajib tu perlu, ptong kuku, cuci telinga bdak, tlong bagi mkan supplement kat budak2x xperlu since smua tu bleh dibuat di rumah..kita sebagai pengganti parents and tanggungjwb yang wajib perlu dibuat, tapi staff da terbiasa buat jgak smua tu..Lama2x parents rasa slesa sgt and bla xbuat smua tu yg sptatutnya jadi tnggjwb mereka, da jadi tnggunjwb kami ..So I think mentalily of the parents should be changed. Bla time weekday je, selera makan anak2 bertmbh tapi bla time weekend and dtg blik ke taska, bdak2 jadi cengkung, xselera nak mkan especially bla ada public holiday yg pjg. Staff mmg susah nak maintain, kadang2 saya pun xtau mcmna nak tnjukkan rsa concern, responsible n baik dgn mereka..Baik sgt, diorang take advantage, and xbleh tgur lebih2, owner tersepit tgh2 nak satisfied kan parents n nak jga hti staff. Kalo byk sgt complain, staff berhnti n lari plak..yg susah owner and yg complain jgak parents, knapa staff lari, buat perception kta ni lousy employer, etc. So as a conclusion if anybody wish to operate day care centre, please think carefully and one more things, it can't generate much profits ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagusnye klo saya dpt nursery mcm ni

      Padam
  19. Salam mama iskandar,
    Thanks for the comment. Betul ke x generate byk profit. Bru je I ingat nk bukak kindergarten. Tp still in early stage la plannya. Mmg btul, sy faham bab management n parents yg xsenonoh tu.

    Teruskan usaha dlm mndidik ank bgsa. Nk sgt sy berjumpa dgn anda semua ni..bole kongsi pengalaman.

    BalasPadam
  20. hi kak saya ita..takutnya bace kes anak akak...saya skrg anak 6bulan anak sulung..baru nak cari pengasuh or nurseri..tp berat sgt ati..anak sy suke nangis..sll nangis..nak org ade gn dia je..kuat meragam..saya stay dekat gan bangi...akak ade x cadangan nurseri atau pengasuh y ok? y jaga anak akak name kak lia tu jaga bby lg x?

    BalasPadam
  21. Salam ita. K Ila tu dh duduk Semenyih. I dh xhantar ank2 ke nursery di Bangi sbb jauh. But you can try Taska Ilham Kasih at Section 1 Bangi. Bgus nursery tu even premis nmpk xmodern.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak, boleh bagi no. hp owner taska ilham kasih tu tak? sebab dia xde blog, website sume, jd no. yg ada kt malaysian page tu x dpt dihubungi..nk pergi sana, sy kerja. t.kasih

      Padam
  22. salam...ermmm mula dari mana yer...saya memohon maaf kepada ibu-ibu yg mhadapi masalah di taska ank masing-masing...mungkin bukan rezeki kalian untuk mendapat taska yg berkualiti untuk didikan awal anak-anak kalian..tp percayalah bukan semua taska begitu..sebab itu kita kena tanya, check, perhati dan selidik adakah taska tu dh berdaftar atau belum dgn jkm.

    saya antara pengasuh yg mengasuh ank2 sahabt anda di taska. kami dibekalkan dgn pelbagai kursus utk menjaga ank2 anda. saya sendiri sudah berkahwin dan ada ank..rupa-rupanya byk juga kekurangan sy menjaga ank di rumah..tp percayalah taska yg berdaftar biasanya akan menjaga ank2 anda lebih drpd menjaga anak mereka sendiri..

    saya menyampaikan salam maaf dr pengasuh2 yg x berilmu yg x mjaga anak2 kalian dgn baik..tp percayalah mereka hanya segelintir..ramai n byk lg pengasuh taska yg bertanggungjawap dan amanah dlm menjaga amanah kalian pd kami..

    salam maaf andai terlancang kata...
    terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul...saya hantar anak di taska berdaftar di puncak alam. Bagus jagaan nye. malangnye, kami pindah rumah. lalu, pindah jgkla taska. teacher kt taska lama sume sayang anak saya. siap sedih dan ingin bsahabat walaupn slps anak saya keluar dr taska tu.

      Taska baru..berdaftar jgk. tapi hampeh. teacher kuat menipu. saya tahu saya bnyk kekurangan sbg sorg ibu...lg2 bkerjaya, rumah mmg selerak x ingt la...tp anak saya x pernah dpt ruam duduk di rumah saya yg "kemas" dan "bersih" tu. bila masuk taska, dgn punggung melecet, dgn comot baju, x diberi makan (saya masakkan ok! tinggal suap aje)...saya betul2 kecewa. xde rupa mcm taska berdaftar. baikla saya hntr bbsitter. sah2 x bdaftar. tp sekurang2nye (insyaAllah) menjaga dgn "jiwa".

      Kalau x minat dgn babies, pls jgn membabikan diri jd teacher nursery.

      maaf, ni mmg kasar. saya mmg sgt marah dia x bg anak saya makan seharian dan berbohong pulak pd saya. (tulis dlm lapoan harian anak mkn habis, tp bubur x berusik, bila ditanya, ckp anak xmau walaupn diberi - saya bg penuh thermos, kalau dh diberi xkn masih pnuh? masukkan semula ke? PENIPU)

      Padam
    2. Mohon maaf, saya dalam proses nak pindah ke Puncak Alam. Sekarang tengah survey taska. Boleh dapatkan nama taska yang direkomenkan di Puncak alam tu? Harap dapat membantu.

      Padam
    3. as salam.. sis ash_husna.. blh dak saya tahu taska sis kat mana?

      Padam
  23. menagis :(
    i sedang rase pe yg u rase...
    taska ke..rumah pengasuh ke..same je skg...
    smoge Allah lindungi anak2 kecil yg xthu pape ni..

    BalasPadam

Thanks for leaving your comment. I will visit your blog soon!

My Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

acanucin (1) Air purifier (1) Air Revitalisor (1) Ajar anak BI (1) Ajar anak BI di rumah (1) anak batuk selsema (1) Anak demam panas (1) anak kena eczema (2) anak tak nak botol macam mana nak hantar pengasuh (1) Antibiotik Zithromax (2) att (1) Aveeno Malaysia (2) Avent murah (1) baby beanbag Malaysia (1) baby beanbag murah (1) baby cot vs playpen (1) Backpacking Perth 2015 (1) Bagaimana menjadi WAHM berjaya (2) bahaya baby oil (1) bajet bercuti ke korea selatan (1) Baju berpantang (1) Baju Raya 2012 (1) balm bawang putih (2) balm untuk ruam lampin (2) barang baby murah online (1) Barang baby US (1) Bawah sinki (1) bayi batuk dan selsema (1) bayi berak darah (1) bayi cirit-birit (1) bayi demam panas sehingga mengigil (1) Bayi eczema (2) bayi ezema (1) bayi kembar comel (2) bayi kembar lelaki 2014 (1) Bayi kembung (2) bayi menangis malam (1) Bayi susah menyusu botol (1) Bayi tak mahu menyusu botol (2) bayi taska (1) Bedung mudah pakai (1) bedung murah (1) bedung murah online (1) bedung strap (1) bedung swaddleme (1) Bekerja selepas bersalin (1) Beli almari baby (1) beli changing table (1) beli cloth diaper murah (1) Beli play pen untuk kembar (1) Bengkung bersalin pembedahan (1) bercuti bajet ke Perth (2) Bercuti di Amerika (4) Bercuti di Korea (5) Bercuti di Seoul 2013 (2) Bercuti di USA (4) bercuti ke amerika blog (1) Bercuti ke ho chi minh (1) Bercuti ke Perth (1) Bercuti ke Vietnam (2) berhenti kerja jadi wahm (1) berpantang 2014 (1) berpantang caesarean (1) berpantang caesarian (2) berpantang ceasarian (2) berpantang csect (2) Berpantang masak sendiri (1) berpantang pembedahan (2) Bersalin Caesarean dengan Dr Hazim (1) bersalin caesarian (1) bersalin ceasarian (1) Bersalin FPP (1) bersalin kembar 2014 (4) bersalin kembar 35 minggu (2) Bersalin kembar FPP Hospital Putrajaya (2) bersalin pembedahan (1) Bersalin pembedahan di Hospital Putrajaya (1) Blaus plus size (1) Blaus XXL (1) Blouse cotton (1) Blouse plus size (1) Botol Avent baru murah 2014 (1) Botol avent murah (2) Botol NUK murah (4) Botol susu murah online (3) Botol susu Playtex (1) Botol susu tak payah basuh (1) Botol susu terbaik bayi kembung (2) buat balm sendiri (2) buat vick sendiri (2) buggy murah (1) Buka puasa 2012 (1) buka puasa sedap (1) c-sect (2) campur susu formula (1) Cara pindahkan bayi menyusu botol (1) cara tidurkan kembar (1) Career mom at home (1) Catu Air Zon 4 (1) CBD Perth (1) Changing table Malaysia (1) Checklist baby. (4) Checkup bersalin FPP Hospital Putrajaya (1) chicken pox kali kedua (1) Cloth Diaper (1) colic baby (1) Columbia Asia Hospital Puchong (1) Custom made blouse (1) Dapur Basah (1) Deko rumah (1) Deko ruumah (1) demam cacar air (1) demam cengkering (1) Diaper kain (1) Disneyland USA (1) DIY baby oil (1) Double stroller (1) Dr Wan Hazim Hospital Putrajaya (1) Earth Mama Angel Baby Bottom Balm Malaysia (2) Earth mama Angel baby malaysia (1) Edit Bahasa Inggeris murah (1) Edit esei Bahasa Inggeris (1) English editing (1) English editing Selangor (1) English home tuition Pinggiran Putra (1) Essential Oil Malaysia (2) Fashion trend 2012 (1) Fesyen (2) Fisher Price rocker malaysia (1) Foundation English (5) FPP Hospital Putrajaya (2) Free Blog Templates (1) Frisolac Comfort (1) Frisolac Comfort untuk bayi kembung (1) Frisolac Comfort untuk bayi sembelit (1) Gambar MAHA 2010 (1) gambar mengandung kembar (4) Gandakan wang (2) Graco system murah (1) Hantar anak kembar ke taska (1) hantar gambar kembar ke Pa n Ma (1) harga stroller kembar (1) harga susu Dutch Lady (1) hari pertama sekolah (1) Hoarder (1) Home Organizing (1) Homemade vapor balm (1) Hospital Columbia Asia (2) House Decoration (3) House for sale in Puchong (1) House of Pillow (1) Ibu bekerjaya di hari minggu (1) IKEA Cheras (1) Iklan (1) Insuran (1) Isu pencerobohan Lahad Datu (1) Jadi WAHM dan bayar hutang (2) jadi wahm dan berniaga (1) jadi wahm dan masih boleh bekerja (1) jadi wahm jaga anak kembar (1) jadi wahm jaga anak ramai (1) Jadual Catuan Air Selangor (1) Jadual Catuan Air Seri Kembangan (1) Jahit cloth diaper (1) jalan jalan korea (1) Jalan-jalan (1) Journal 1 (1) Journal 3 (1) Journal writing (1) kandungan 23 minggu (1) Kanser Prostat (2) Kanser Prostat Tahap Akhir (2) kari daging ringkas (1) kari daging simple (1) Kecantikan (1) Kedai ECO (1) Kedai RM2 (1) Kelebihan botol susu NUK (3) kem (1) Kemas dapur (2) Kemas Laci (1) Kemas rumah (1) kembar 2015 (1) kembar 5 bulan (1) kembar 7 bulan (1) kembar lelaki comel (2) Kiram (1) Kitchen Cabinet (1) Klinik Pergigian Qistina (1) Kolam renang Putrajaya (1) koleksi raya 2012 (1) Kompleks kejiranan Presint 11 (1) konmari (1) konmarie (2) kos hantar anak kembar ke taska (1) krim chicken pox (1) krim tanpa steroid eczema (1) Krim untuk bayi eczema (1) kunyit untuk bayi (1) kunyit untuk selsema (1) Laparascopic Surgery (1) Laparascopy (1) Libresse malaysia (1) Libresse Nuffnang (1) Mama Hoemade Balms (1) Mama Homemade Balms (1) Mandian herba berpantang (1) Marie Kondo (1) Mariekondo (2) melancong (1) Melancong ke Perth (1) Memohon visa US (2) Mengandung dan bersalin (15) mengandung diabetes (1) Mengandung kembar (14) Mengandung kembar 2014 (14) Mengandung kembar 29 minggu (1) Mengandung kembar 31 minggu (1) Mengandung kembar 6 bulan (1) Mengandung kembar minggu 28 (1) mengandung kembar perut mengeras (3) mengandung minum air gula (1) mengatasi mual mengandung (1) Menu berpantang (1) Menyusu bayi kembar (1) merawat anak tanpa ubat (5) Merawat asthma tanpa ubat (1) merawat bayi batuk selsema (6) merawat kanak-kanak batuk selsema (7) Merawat resdung (1) Merawat resdung tanpa ubat (1) mgtt (1) MH370 (1) minuman herba berpantang (1) minyak panas berpantang (1) MUET home tuition Selangor (1) MUET tips (1) MUET tuition Seri Kembangan (1) Myeongdong (1) najis bayi berdarah (1) Nuffnang (2) NUK (2) Nurofen (1) Nursery (2) Nursing Cover (1) Pa Ma (1) Pam Medela murah (1) Pasta ayam (1) pasti (1) pasti putra permai (1) pelik kenapa anak menangis bila hantar ke taska (1) pembedahan (2) Penapis udara murah. (1) Penapis udara rumah (1) pendapatan wahm (1) Pengalaman bercuti ke Vietnam (2) Pengalaman mengandung kembar (4) Pengalaman menghantar anak ke taska (1) Pengalaman menjaga anak demam selsema (2) Penjagaan anak (1) percutian pendek ke Perth (2) Persediaan baby (1) Persediaan berpantang (1) Persediaan menjadi WAHM (1) perut mengeras mengandung 25 minggu (1) playard kembar (1) playpen kembar (1) Playtex Malaysia (1) plentong (1) Pray for MH370 (1) promosi tiket mas okt 2013 (1) Prostate (1) Prostate Cancer (2) Prostate Cancer Gleason 9/10 (1) Puchong Perdana for sale (1) Puchong Terrace (1) Puting Avent murah (1) rawat anak selsema dengan bawang putih (2) rawat batuk di rumah (3) Rawat bayi batuk selsema (1) rawat bayi semulajadi (5) rawat bayi tanpa steroid (3) rawat bayi tanpa ubat (3) Rawatan bayi eczema (1) Rawatan bayi kembung perut (2) Renovate Rumah (4) Resepi ayam (1) resepi black pepper sos (1) resipi kari daging (1) resipi kari daging 30 minit (1) review blogger ke seoul (2) ruam lampin (2) ruam lampin pada testis bayi (1) Ruang bawah sinki (1) rumah puchong untuk dijual (1) Rumah untuk dijual di Puchong (1) sample pad libresse (1) scan 3D dan 4D (1) scan 3D Selangor (1) scan 4D kandungan 6 bulan (1) scan 4D murah (1) scan 4D Seri Kembangan (1) seri kembangan (1) Set bersalin (2) Shopping (1) Show and Tell (1) Sinki (1) SPANX malaysia (1) stokin bersalin (1) stokin bersalin pembedahan (1) stokin panjang berpantang (1) stroller Combi Malaysia (1) Stroller Graco murah (1) stroller kembar (1) stroller payung murah (1) Stroller ringan murah (2) stroller the first years murah (1) Sultan Sulu (1) summer infant swaddleme murah (1) Susu Dutch Lady 123 (1) Susu Dutch Lady 456 (1) susu untuk bayi sembelit (1) Syabas (1) Teaching Children English at home (1) Tempah baju online (1) Tempat berbuka puasa best (1) tempat tidur anak kembar (3) Terrace house for sale in Puchong (1) TESL (1) The Royal Hotel Perth (1) tidurkan kembar (1) Tiket MAS ke Vietnam (2) tilam bayi (1) Tridine (1) Twin stroller (1) Ubat anak selsema dan batuk berpanjangan (1) Ubat untuk kanak-kanak (1) Ujian minum air gula (1) Under kitchen storage (1) Universal Kids Academy Bandar Putra Permai (1) urutan asthma (1) urutan bayi batuk dan selsema (1) urutan resdung (1) Visit Seoul (2) WAHM berjaya (1) WAHM Malaysia (1) WAHM Vs CarM (1) Wet Kitchen (1) WHI (2) Wide neck bottle vs standard neck bottle (1)