Followers

My Nuffnang Ad

Sunday, 31 October 2010

Nak bagi anak susu mahal ke susu murah??





Salam to all.
Masa Azalea belum 1 tahun lg I dh berangan nk bg dia minum Sustagen. Oleh sebab Sustagen hanya untuk 1 thn ke atas, I bg Azalea susu brand lain dululah.

Mula-mula dulu Isomil. Lepas tu, Anmum. Bila I tengok najisnya keras even dah cairkan susu, I tukarkan dia ke Lactogen. Kebetulan, Lactogen ni murah. Susu bayi bawah 12 bulan ni mahal juga harganya. Ingat bolehlah berjimat. Tengok-tengok, Azalea asyik tolak dengan lidah.

I pernah belikan Enfalac & Azalea suka je. Tapi harganya buat I geleng kepala.

I tukar lagi. Bagi Azalea minum Dumex Dulac. Alhamdulillah, suka dia minum. Harganya pun boleh tahan murahnya. I ni kalau membeli susu siap study nih berjam-jam I bandingkan nutrient contents. If I bagi susu murah pada Azalea, I akan topup nutrients tu dengan bg Azalea food that contains the same nutrients dengan susu mhl. Jadi ibu ni kena pandai mix & match.

Bila Azalea dah 1 tahun ni, I pun naklah bagi dia minum Sustagen. Dah lama berhajat ni! Tapi bila I tengok harganya, I terfikir 2-3 kali. So, I bagi Azalea Dumex Dugro. Alhamdulillah. Elok sj dia minum & tak de tolak-tolak.

Pek Ekonomi RM39.00 untuk 2 pek 1 KG.

Tapi suddenly my husb baru-baru ni nak jugak belikan anak kesayangan dia ni Sustagen. So, I fikir-fikir, tak ada masalahlah nak bg Azalea minum susu mahal sekali-sekala. Tukar susu pun selamba je dia sebat.

RM54.00 untuk 2 pek 650g.

Hasilnya? Azalea asyik sungguh minum Sustagen & tak pernah berbaki dalam botolnya. Aduhai. Anakku suka Sustagen. Tak apa,lah. Ada rezeki ibu beli lagi untuk Azalea, Insyallah.

So, susu apa yan anak anda minum??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...