Monday, 4 October 2010

Mari mengajar anak berjalan

Salam to all.
Semasa Azalea berumur 6 bulan, dia masih belum pandai duduk dengan sendiri. Aduhh, I memang risau sebab anak-sedara I pun perempuan & semuanya seawal 5 bulan sudah pandai duduk. Tapi Azalea memang perlukan sokongan seperti sofa @ dinding. Hati I memang risau. Tambahan pula Azalea lahir tak cukup bulan.

Hati yang risau ni ditambah pula dengan cakap-cakap jiran yang mengatakan anak I mungkin lambat berjalan. Kenapalah mesti mereka berkata begitu sedangkan hati I memang dh cukup bimbang. I cakap pada my mom & beliau urut-urut kaki Azalea semasa dia tidur. Pada masa tu, berat Azalea mengikut umurnya. Waktu 6 bulan, beratnya pun baru 6kg. My mom cakap, sebab dia kurus, jadi dia lambat sikit nak duduk. So, I sabar je lah & tak putus-putus berdoa semoga kakinya tak apa-apa. I pernah bawa ke klinik, paed kata kaki Azalea OK & tak ada apa yang patut dirisaukan.

So, I tunggu. Alhamdulillah, cukup Azalea 9 bulan, dia dah pandai duduk sendiri. Tapi berat badannya masih ikut umurnya. Jadi, 9 bulan = 9 kg. Asalkan dia sihat, my mom kata. Tapi pipinya agak montel, atau "kembung" istilah yang nurse dari 1 klinik ni panggil.

Semasa Azalea 8 bulan
(dalam proses nak duduk sendiri)

Selepas Azalea pandai duduk sendiri, I tertunggu-tunggu pula bila dia nak merangkak. I tunggu sampai 11 bulan, Azalea masih lagi meniarap menuju ke depan @ army crawl! Aduh, Ya Allah. Berikanlah kekuatan pada hambaMu ini. Mak mertua I kata, Azalea sayang lutut. Ada juga dia mencuba untuk merangkak tapi selangkah dua saja. Kemudian dia akan kembali army crawl. My mom urut-urut lagi kaki Azalea. Masa Azalea 11 bulan, beratnya statik pada 9kg. I dah tak risau sebab dia memang lalu makan. tapi dia makin meninggi macam my husband.

Azalea perlu sokongan, my mom kata. I tak selalu ada di rumah nak tolong dia berjalan. Bila ada di rumah sibuk dengan kerja-kerja rumah pula. Memang I rasa bersalah. Kesian anak ibu. My mom kata lagi, tak pun, Azalea ni nak terus berjalan.

So, I surf kat net & browse walker selain walker yang bulat tu. Kisah walker bulat akan I siarkan dalam blog yang lain. Kebetulan I daftarkan Alea jadi Starmember Toysr'us, I dapat voucher RM30 untuk ditebus bagi pembelian atas RM150. I memang excited. Mula-mula I ingat nak redeem kat Parkson Alamanda saja sebab dekat. Rupa-rupanya voucher hanya boleh ditebus di outlet Toysr'us sahaja. Dan yang paling dekat adalah di Empire Subang jaya. Aduh, kecewa.

Pada 1 malam, I pujuk my husb untuk beli walker (macam gambar di bawah) di Empire. Terkejut husb I sebab kena pegi sampai ke situ. Nasib baik my husb nak ikutkan kehendak I sebab Azalea masih belum merangkak. Tapi semase umurnya 11 bulan, dia suah ligat memanjat & cuba untuk melangkah tapi asyik jatuh. Jadi I pun ke Toysr'us untuk survey walker.
Inilah rupa walker cap Little Tikes yang I belikan untuk Azalea.
RM149.50. (ditebus dengan voucher RM30, so RM119.50 sahaja)

Genap Azalea 12 bulan @ setahun, dan berkat usaha menolak Shop & grow walkernya, Azalea sudah berjalan dengan stabil. Merata Azalea sorong walkernya ke sana ke mari. Lega I n husb. Azalea masih lagi setia dengan walkernya sekarang walau sudah berumur 16 bulan.

Azalea semasa 1 tahun.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...