Friday, 15 October 2010

Mari Kemaskinikan Peti Ais !!

Salam to all.

Baru-baru ni baru I ada masa nak kemaskini peti ais I. Sebenarnya, I ada 2 peti ais 1 pintu. Bukan sengaja I beli 2 tapi 1 tu my sister punya & 1 lagi tu memang I punya,lah. Yang menjadi kesusahan di hati ialah 2-2 peti ais tu akan frost & jenuhlah nak membersihkan sisa frost tu bila I defrostkan my fridges. Bukan 1, 2 pulak tu.

I punyalah pening kepala memikirkan hal ni. Tiba-tiba I ternampak 1 promo line dalam catalogue Tupperware ni " ". Barulah I dapat idea. Selama ni, I asyik berlengah aje nak siang bahan-bahan mentah yang dibeli & masukkan terus ke dalam freezer dengan plastik-plastiknya sekali. Bila nak masak, frost dah menebal & plastik pun melekat padanya. i pun cari bekas-bekas yang dulunya I buang aje sebab takde tempat nak letak dalam almari. I siang semua bahan mentah yang ada & masukkan ke dalam segala bekas yang ada. Almari I pun lengang tanpa bekas-bekas kosong yang sebelum ni entah bila nak pakai. Tapi sekarang I dah ada idea nak guna untuk apa.

Siang udang sebaik sahaja dibeli & letakkan cantik-cantik ke dalam bekas. Patikan ianya bertutup apabila dimasukkan ke dalam peti ais.

Kepala sotong yang telah dibersihkan.

Badan sotong diasingkan dari kepala sebab tak muat nak letak dalam bekas.

Jeng jeng! Bila dah letak dalam bekas,
kuranglah frostnya & tak payah nak selalu di defrost!

Sekarang ni, memangdah jarang I defrostkan freezer. bahan-bahan mentah pun I boleh defrost dalam microwave aje sebab sememangnya ia diletakkan di dalam bekas tahan microwave. I memang ada bekas-bekas brand Tupperware tapi sayang pula nak letak bahan mentah & tak semua bekas Tupperware boleh tahan panas microwave. sudahlah bentuknya cantik, rosak pula nanti.

Jadi, ibu-ibu di luar sana yang mempunyai peti ais 1 pintu, bolehlah cuba petua I ye.

Daaah!






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...