My Nuffnang

Pengikut

Selasa, 19 Oktober 2010

Mari baca Al-Quran!!

Salam to all.
Kawan-kawan, ni I nak share surah-surah yang boleh diamalkan.

  • Al Fatihah
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

  • Surah Yaasin
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

  • Surah Ad-Dukhaan
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

  • Surah Al-Waqi'ah
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.
  • Surah Al-Kauthar
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

  • Surah Al-Kaafiruun
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
  • Surah Al-Mulk
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur.
  • Surah Al-Ikhlas
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya. " Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."
  • Surah Al-Falaq
Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.
  • Surah An-Naas
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati.


My Nuffnang

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Label

Air purifier (1) Air Revitalisor (1) Ajar anak BI (1) Ajar anak BI di rumah (1) anak batuk selsema (1) Anak demam panas (1) anak kena eczema (2) anak tak nak botol macam mana nak hantar pengasuh (1) Antibiotik Zithromax (2) att (1) Aveeno Malaysia (2) Avent murah (1) baby beanbag Malaysia (1) baby beanbag murah (1) baby cot vs playpen (1) Backpacking Perth 2015 (1) Bagaimana menjadi WAHM berjaya (2) bahaya baby oil (1) bajet bercuti ke korea selatan (1) Baju berpantang (1) Baju Raya 2012 (1) balm bawang putih (2) balm untuk ruam lampin (2) barang baby murah online (1) Barang baby US (1) bayi batuk dan selsema (1) bayi berak darah (1) bayi cirit-birit (1) bayi demam panas sehingga mengigil (1) Bayi eczema (2) bayi ezema (1) bayi kembar comel (2) bayi kembar lelaki 2014 (1) Bayi kembung (2) bayi menangis malam (1) Bayi susah menyusu botol (1) Bayi tak mahu menyusu botol (2) bayi taska (1) Bedung mudah pakai (1) bedung murah (1) bedung murah online (1) bedung strap (1) bedung swaddleme (1) Bekerja selepas bersalin (1) Beli almari baby (1) beli changing table (1) beli cloth diaper murah (1) Beli play pen untuk kembar (1) Bengkung bersalin pembedahan (1) bercuti bajet ke Perth (1) Bercuti di Amerika (4) Bercuti di Korea (5) Bercuti di Seoul 2013 (2) Bercuti di USA (4) bercuti ke amerika blog (1) Bercuti ke ho chi minh (1) Bercuti ke Vietnam (2) berhenti kerja jadi wahm (1) berpantang 2014 (1) berpantang caesarean (1) berpantang caesarian (2) berpantang ceasarian (2) berpantang csect (2) Berpantang masak sendiri (1) berpantang pembedahan (2) Bersalin Caesarean dengan Dr Hazim (1) bersalin caesarian (1) bersalin ceasarian (1) Bersalin FPP (1) bersalin kembar 2014 (4) bersalin kembar 35 minggu (2) Bersalin kembar FPP Hospital Putrajaya (2) bersalin pembedahan (1) Bersalin pembedahan di Hospital Putrajaya (1) Blaus plus size (1) Blaus XXL (1) Blouse cotton (1) Blouse plus size (1) Botol Avent baru murah 2014 (1) Botol avent murah (2) Botol NUK murah (4) Botol susu murah online (3) Botol susu Playtex (1) Botol susu tak payah basuh (1) Botol susu terbaik bayi kembung (2) buat balm sendiri (2) buat vick sendiri (2) buggy murah (1) Buka puasa 2012 (1) buka puasa sedap (1) c-sect (2) campur susu formula (1) Cara pindahkan bayi menyusu botol (1) cara tidurkan kembar (1) Career mom at home (1) Catu Air Zon 4 (1) CBD Perth (1) Changing table Malaysia (1) Checklist baby. (4) Checkup bersalin FPP Hospital Putrajaya (1) chicken pox kali kedua (1) Cloth Diaper (1) colic baby (1) Columbia Asia Hospital Puchong (1) Custom made blouse (1) demam cacar air (1) demam cengkering (1) Diaper kain (1) Disneyland USA (1) DIY baby oil (1) Double stroller (1) Dr Wan Hazim Hospital Putrajaya (1) Earth Mama Angel Baby Bottom Balm Malaysia (2) Earth mama Angel baby malaysia (1) Edit Bahasa Inggeris murah (1) Edit esei Bahasa Inggeris (1) English editing (1) English editing Selangor (1) English home tuition Pinggiran Putra (1) Essential Oil Malaysia (2) Fashion trend 2012 (1) Fesyen (2) Fisher Price rocker malaysia (1) Foundation English (5) FPP Hospital Putrajaya (2) Free Blog Templates (1) Frisolac Comfort (1) Frisolac Comfort untuk bayi kembung (1) Frisolac Comfort untuk bayi sembelit (1) Gambar MAHA 2010 (1) gambar mengandung kembar (4) Gandakan wang (2) Graco system murah (1) Hantar anak kembar ke taska (1) hantar gambar kembar ke Pa n Ma (1) harga stroller kembar (1) harga susu Dutch Lady (1) Homemade vapor balm (1) Hospital Columbia Asia (2) House for sale in Puchong (1) House of Pillow (1) Ibu bekerjaya di hari minggu (1) IKEA Cheras (1) Iklan (1) Insuran (1) Isu pencerobohan Lahad Datu (1) Jadi WAHM dan bayar hutang (2) jadi wahm dan berniaga (1) jadi wahm dan masih boleh bekerja (1) jadi wahm jaga anak kembar (1) jadi wahm jaga anak ramai (1) Jadual Catuan Air Selangor (1) Jadual Catuan Air Seri Kembangan (1) Jahit cloth diaper (1) jalan jalan korea (1) Jalan-jalan (1) Journal 1 (1) Journal 3 (1) Journal writing (1) kandungan 23 minggu (1) kari daging ringkas (1) kari daging simple (1) Kecantikan (1) Kelebihan botol susu NUK (3) kem (1) kembar 2015 (1) kembar 5 bulan (1) kembar 7 bulan (1) kembar lelaki comel (2) Kiram (1) Kitchen Cabinet (1) Klinik Pergigian Qistina (1) Kolam renang Putrajaya (1) koleksi raya 2012 (1) Kompleks kejiranan Presint 11 (1) kos hantar anak kembar ke taska (1) krim chicken pox (1) krim tanpa steroid eczema (1) Krim untuk bayi eczema (1) kunyit untuk bayi (1) kunyit untuk selsema (1) Laparascopic Surgery (1) Laparascopy (1) Libresse malaysia (1) Libresse Nuffnang (1) Mama Hoemade Balms (1) Mama Homemade Balms (1) Mandian herba berpantang (1) Memohon visa US (2) Mengandung dan bersalin (15) mengandung diabetes (1) Mengandung kembar (14) Mengandung kembar 2014 (14) Mengandung kembar 29 minggu (1) Mengandung kembar 31 minggu (1) Mengandung kembar 6 bulan (1) Mengandung kembar minggu 28 (1) mengandung kembar perut mengeras (3) mengandung minum air gula (1) mengatasi mual mengandung (1) Menu berpantang (1) Menyusu bayi kembar (1) merawat anak tanpa ubat (5) Merawat asthma tanpa ubat (1) merawat bayi batuk selsema (6) merawat kanak-kanak batuk selsema (7) Merawat resdung (1) Merawat resdung tanpa ubat (1) mgtt (1) MH370 (1) minuman herba berpantang (1) minyak panas berpantang (1) MUET home tuition Selangor (1) MUET tips (1) MUET tuition Seri Kembangan (1) Myeongdong (1) najis bayi berdarah (1) Nuffnang (2) NUK (2) Nurofen (1) Nursery (2) Nursing Cover (1) Pa Ma (1) Pam Medela murah (1) Pasta ayam (1) pelik kenapa anak menangis bila hantar ke taska (1) pembedahan (2) Penapis udara murah. (1) Penapis udara rumah (1) pendapatan wahm (1) Pengalaman bercuti ke Vietnam (2) Pengalaman mengandung kembar (4) Pengalaman menghantar anak ke taska (1) Pengalaman menjaga anak demam selsema (2) Penjagaan anak (1) percutian pendek ke Perth (1) Persediaan baby (1) Persediaan berpantang (1) Persediaan menjadi WAHM (1) perut mengeras mengandung 25 minggu (1) playard kembar (1) playpen kembar (1) Playtex Malaysia (1) plentong (1) Pray for MH370 (1) promosi tiket mas okt 2013 (1) Puchong Perdana for sale (1) Puchong Terrace (1) Puting Avent murah (1) rawat anak selsema dengan bawang putih (2) rawat batuk di rumah (3) Rawat bayi batuk selsema (1) rawat bayi semulajadi (5) rawat bayi tanpa steroid (3) rawat bayi tanpa ubat (3) Rawatan bayi eczema (1) Rawatan bayi kembung perut (2) Renovate Rumah (4) Resepi ayam (1) resepi black pepper sos (1) resipi kari daging (1) resipi kari daging 30 minit (1) review blogger ke seoul (2) ruam lampin (2) ruam lampin pada testis bayi (1) rumah puchong untuk dijual (1) Rumah untuk dijual di Puchong (1) sample pad libresse (1) scan 3D dan 4D (1) scan 3D Selangor (1) scan 4D kandungan 6 bulan (1) scan 4D murah (1) scan 4D Seri Kembangan (1) Set bersalin (2) Shopping (1) Show and Tell (1) SPANX malaysia (1) stokin bersalin (1) stokin bersalin pembedahan (1) stokin panjang berpantang (1) stroller Combi Malaysia (1) Stroller Graco murah (1) stroller kembar (1) stroller payung murah (1) Stroller ringan murah (2) stroller the first years murah (1) Sultan Sulu (1) summer infant swaddleme murah (1) Susu Dutch Lady 123 (1) Susu Dutch Lady 456 (1) susu untuk bayi sembelit (1) Syabas (1) Teaching Children English at home (1) Tempah baju online (1) Tempat berbuka puasa best (1) tempat tidur anak kembar (3) Terrace house for sale in Puchong (1) TESL (1) The Royal Hotel Perth (1) tidurkan kembar (1) Tiket MAS ke Vietnam (2) tilam bayi (1) Tridine (1) Twin stroller (1) Ubat anak selsema dan batuk berpanjangan (1) Ubat untuk kanak-kanak (1) Ujian minum air gula (1) Universal Kids Academy Bandar Putra Permai (1) urutan asthma (1) urutan bayi batuk dan selsema (1) urutan resdung (1) Visit Seoul (2) WAHM berjaya (1) WAHM Malaysia (1) WAHM Vs CarM (1) WHI (2) Wide neck bottle vs standard neck bottle (1)