Tuesday, 12 October 2010

Lagi resipi mudah & cepat untuk si kecil..

Dah lama I nak share 1 recipe yang I buat untuk Azalea since dia dah pandai pegang food sendiri ni. Selalunya I beli saja bergedel masa makan tengahari kebetulan masa tu office hour. Takkan nak balik masak pulak if lunchtime cuma 1 jam. So, I selak-selak buku recipe untuk babies & toddlers. Ada yang x applicable pun sebab bahan-bahan tak cukup (bukan buku resipi tempatan). So, dari 1 resipi ni I inovasikan bahan-bahannya. Parents di luar boleh cuba ye. Lagi seronok kalau buat dengan anak-anak bagi mereka tengok the process.

Bergedel Ikan (finger food)

Bahan-bahan

2 biji kentang (dikupas kulit)
1 biji lobak merah(dikupas kulit)
1/2 cawan susu (fresh milk/formula milk)
1/3 cawan keju (disagat)
4oz *isi ikan (dibuang tulang & kulit)
2 biji telur (untuk dicelup)

Anda boleh guna isi ikan tenggiri, salmon @ merah ikut kesesuaian. Pastikan hanya isi ikan putih sahaja yang digunakan kerana isi ikan yang lebih gelap warnanya, rasanya pasti lebih kuat & menyengit. Mungkin sediikt hanyir.

Cara-cara:

1. Rebus kentang & lobak merah yang telah dikerat dadu selama 20 minit atau hingga empuk. Kemudian, toskan & lenyek bersama sedikit susu & keju.
2. Semasa kentang & lobak merah direbus, ikan dibakar bersama baki susu di dalam ketuhar atau di atas kuali (boleh masukkan sedkit mentega jika suka) atau bole stim untuk6-10 minit. setelah masak, lenyekkan. pastikan ikan tiada tulang.
3. Kemudian, masukkan ikan yang telah dilenyek berama adunan kentang & lobak merah tadi. Kepalkan & leperkan adunan tadi.
Akhir sekali, pecahkan telur & kacau & celupkan adunan ke dalamnya. Sediakan minyak secukupnya untuk "deep fry" dengan api sederhana besar & goreng hingga kuning keemasan.

Hidangkan apabila sudah suam. Anda boleh buat bentukkan adunan dengan pelbagai bentuk untuk menarik minat si kecil. Boleh juga digoreng separa masak 7 masukkan ke dalam freezer untuk digoreng di lain hari. Pastikan ia dimasukkan ke dalam bekas bertutup. goreng dalam masa 7 hari untuk mengekalkan rasanya.

Selamat mencuba!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...