Wednesday, 27 October 2010

Baru 12 tahun dah tau buat maksiat.. Aduh dunia skarang...






Salam to all.
semalam I punya terkejut baca paper budak perempuan mati sebab jatuh dari bumbung. Dia nak melarikan diri dari ditangkap kerana buat 'projek' dgn 3 lelaki. Ishk, baru 12 tahun nih!

Mesti melarikan diri sebab malu & takut kene marah dengan pihak berkuasa. Tapi baru 12 tahun, kot. Sia-sianya hidup sebab belum sempat PMR, belum sempat SPM. Apa lagi masuk Universiti.

Sebab I pun ada anak perempuan. Sangat takut dengan pendedahan tentang uncontrolled sex behaviour skarang. Yang I heran, mana perginya ibu bapa arwah ni? Walaupun arwah membuat onar tapi I harap, janganleh dia dikutuk-kutuk. Cukuplah kita mengingatkan pada anak-anak kita yang perkara sebegini perlu dijadikan sempadan.

I tak salahkan arwah 100%. Kalau kita ada anak lelaki, kita juga perlu warning & ingatkan selalu akan akibat perbuatan yang tak elok. Bukan anak perempuan sahaja sebab perempuan membawa "perut". Perempuan takkan berisi perutnya sekiranya anak-anak lelaki remaja kita tidak sama terjebak dalam kancah ini.

Boleh klik sini untuk baca berita lanjut.

I juga mengingatkan diri I. Yang sudah, tu sudahlah. Mulakan hindup baru, buka lembaran baru. Penuhkanlah ilmu di dada untuk mecari seberapa banyak pendekatan pada anak kita. Bak kata pepatah, "melentur buluh biarlah dari rebungnya".

Wallahualam.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...