Followers

My Nuffnang Ad

Tuesday, 12 October 2010

Bagaimana anda menangani si kecil yang meragam?






Salam to all.
Sejak Azalea tinggal dengan pengasuh, I tengok dia makin pandai meragam. Bila I tanya pengasuhnya, Kak Ila, katanya Azalea ni macam heroin di rumahnya & paling manja dengannya. I dah rasa tak sedap hati bile tengok-tengok di rumah, Azalea langsung tak boleh ditegah.

I dah suspect maybe di rumah pengasuh, Kak Ila layan saja semua kehendaknya tapi bila dengan I, nama pun I ni cikgu mestilah I nak mengajar anak I berdisiplin. Lagipun, I tak dapat nak jaga dia 24 jam sebab kene buat kerja-kerja umah. Jadi I tak dapat nak selalu bermain dengannya. kadang-kadang bila I tegah, contohnya dia memang suka main hisap getah gelang, Azalea akan menangis sambil berlari ke arah dinding atau peti ais dan menghantukkan kepalanya sebanyak 3 kali. Pada mulanya I marah dan bila I nak dukung Azalea dia tak nak & meronta. I memang susah hati memikirkan bagaimana I nak pujuk & didik Azalea supaya menerima teguran I.

Puas I baca dalam internet & buku-buku berkaitan kanak-kanak sebab Azale pada I bukan lagi baby. Akhirnya I dapat idea macamana nak mengajarnya. Setiap kali Azalea meragam & menghantukkan kepalanya tanda protes, I tak lagi marahkannya. I tarik nafas dalam-nafas dalam & cuba menegurnya dengan nada yang bersahaja.

"Azalea, sakit ke hantuk kepala? Kat mana sakit tu?"

Tiba-tiba tengah-tengah menjerit & menangis tu, Azalea menunjukkan bahagian kepalanya yang sakit kemerah-merahan. I cuba alihkan perhatian dengan cuba berual dengannya tentang dahinya yang merah itu dengan nada bercerita.

"Ooh, Azalea tau, dahi Azalea tu merah sebab Azalea hantukkan kepala ke dinding tadi. Meh ibu tengok."

Pernah I cuba, kali ketiga baru dia makan pujuk I. I dah dapat rentaknya, jangan terus dia I dukung tapi cuba mulakan perbualan yang boleh alihkan perhatiannya. Kemudian I tanya lagi sama ada dia nak makan coklat @ buah yang I dah potong dalam peti sejuk. Biar dia lupa yang dia ditegur kerana menghisap getah gelang yang sememangnya kotor tapi menjadi kegemarannya. Terus I masukkan dia ke dalam baby chair & onkan TV & sediakan makanan untuknya. Alhamdulillah, dia akan lupakan tentang getah gelang tu & tangisnya pun reda. Bolehlah I masak & basuh baju.

Azalea menangis nak turun & berjalan.

Bagaimanakah anda memujuk si kecil?






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...