Tuesday, 19 October 2010

Apakah jenis berus botol susu yang anda gunakan??






Salam to all.
Kebanyakan ibu-ibu di luar sana membeli berus botol susu si kecil hanya sekadar "asal beli". Tapi sebenarnya kalau kita melabur sedikit, Insyallah, berus botol itu akan tahan lama & amat berguna untuk membersihkan bukan sekadar botol susu tetapi juga puting botol itu sendiri.
Pengalaman I sendiri membeli lebih dari 3 batang berus botol I rasa patut dikongsi bersama readers I yang rata-ratanya merupakan kaum ibu. Lihat gambar di bawah:

Melihatkan pada rupa, berus yang I beli ini cap Baby Kiko and harganya dalam RM4.90. Tapi berus ni takde berus puting. Pada mulanya I ingat berus macam ni mahal sebab I tengok design mcm ni tapi cap Pigeon sampai RM21.90 tak salah I. Memanglah alah membeli menang memakai. Tapi ni nak membuatkan I pokai. Dahlah I ni jenis yang tonyoh botol baby tak ingat. Memang sampai mcm berkilat balik pun ada! Tapi yang problemnya berus kat atas ni ia tak ada berus untuk cuci puting botol. Terpaksalah I pakai berus puting botol yang lama tapi dah jadi macam ni:
Nilah jadinya beli berus botol yang biasa. Sampai patah. 2kali pulak tu!!

Nilah rupa berus yang I dah beli 2 kali jenis yang sama. Memang biasa kita jumpa di kedai. Harga dalam RM5 sekali dengan berus puting botol.

Jadi, I pun pergilah survey kat Jusco & terjumpalah I berus cap Pureen ni. Nampak eksklusif & tak mahal pun. Pada I sangat praktikal & I suka designnya. Kebetulan I terperasan botol susu anak sedara I ni kesian puting botonya tak disental kot (hampeh org gajinya memang pemalas). Adala keladak susu yang I tak pernah nampak. I beruskan & suruh dia bagitau pada bibiknya untuk berus. Nak bgtau pada maknya, dah balik umah pukul 10PM, tak gamak pulak la kan.

Harganya tak silap RM7.90 tapi alhamdulillah. Tak patah-patah pun. Berus puting pun tersembunyi cantik masyallah designnya!


Bukan apa, takut keladak susu tu tersembunyi kuman yang boleh membawa kepada penyakit kuku, tangan & mulut. Nauzubillah, takut!

Nampak keladak susu tu? Tu pun setelah I sental.

Ha, botol ni Azalea punya. Dah 4 bulan dibeli tapi takde keladak.
Hasil tonyohan setiap hari.

Apakah berus yang anda pakai??



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...