Wednesday, 20 October 2010

Aku mengidam ABC tiap-tiap hari!!






Salam to all.

Ni cerita I mengidam ABC time mengandung. Orang Cina (amoi salonrambut I kat Jasin) kata tak elok banyak makan ais nanti paru-paru anak sejuk & senang kene flu & cough. Eh betullah dia cakap. Orang Cina ni terer bab-bab jadi tabib ni.

Alkisahnya I teringin sangat nak ABC tiap-tiap hari ni masa kat Jasin dulu. Adalah 1 kedai ni I panggil kedai atas bukit (tapak pasar malam a.k.a pasar gesel). I ni memanglah ramah tamah lemah orangnya, so memang jadi kamceng dengan akak tuan punya kedai tu. Dipanggilnya I ni Mak Yong! Dapat kau, mak buyong digelarnya. Tapi tak apelah, ABC punya pasal.

Kak Ina tu kalau I datang mesti pembantunya (anak sedara ke adik ipar, dah lupa) tengah mkn ABC sambil-sambil buat air untuk customer. Apa anginnya, I bukan nak ABC yang biasa dihidangnya tapi yang sebijik macam pembantunya mkn tu. Dahhhsyaaat dahhhsyat. Tapi sebenarnya I mengakulah, banyak songeh. Tapi Kak Ina tak menolak! Terus disuruh pembantunya buatkan. Sebenarnya ABC kat gelas plastik tinggi campur cincau. Dah, jadi ketagih! Bukan ketagih saja-saja. Anak dlm perot yg ketagih. Ekekekke.

Tapi tu,lah. I teringat aje pada Kak Ina tu tapi entah bila I nak pergi ke Jasin lagi. Lepas resigh MRSM tu ade pergi ke Melaka tapi tak lalu lah Jasin. Insyallah ada kelapangan I nak visit Kak Ina, lah!

Love u, lah Kak Ina!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...