Monday, 4 October 2010

Ajarlah anak dengan Flash card @ kad imbas - terbukti berkesan!!

Salam to all.
Kebetulan Azalea dah tidur & I dh selesai memasak, bolehlah I kembali berblog. Dah lama I beli flash card untuk Azalea. I beli di MPH di mana lagi,kan. Tentulah di Putrajaya. Oleh sebab I beli sebab ikut-ikut orang & tak berapa percaya sangat akn keberkesanannya, I tak browse sgt rak flash card semasa nak membeli. So, I sambar aje (bole lihat pada gambar di bawah).

RM23.90 sahaja

Azalea khusyuk membelek flash card.

Sebenarnya ada banyak lagi flash card di rak MPH tu, tapi I ni terpengaruh dengan perkataan Einstein tu kan. Tapi qualiti memang seindah namanya. Dalam 1 kotak ni ada 29 keping flash card yang keras. I memang pilih yang keras macam kadbod sebab Azalea memang Dora the Explorer. Dia gigit semua benda baru! Set ni merangkumi gambar , aktiviti cadangan dan tip-tip mengajar untuk kita mengajar anak menggunakannya. Ibu bapa pun kena ada ilmu ye mengajar anak dengan flash card ni. Jangan dibiarkan saja anak tu dengannya tapi tak diajar pun tak ada gunanya.

Baby Einstein flash card yang I pilih ni untuk baby 9 bulan dan ke atas. Tapi bila I tengok, menyesal I tak beli & tunjuk pada Azalea dari dia kecil lagi. Ni, tak. Bila dah 1 tahun baru I belikan. Memanglah dia pelik & asik nak gigit. Penuh kesan gigitan di sekitar kad. Dan, set flash card begini sesuai juga untuk anak-anak yang dah pandai bercakap. Barulah ada respond bila kita buat aktiviti. Macam yang selalu I buat, untuk bentuk/shape cards, I ikut garisan bentuk dengan jari telunjuk sambil mulut menyebut perkataan di card. Jadi, apabila Azalea nampak saja shape cards, dia akan tarik tangan I & suruh jari I ikut. Terkejut sebenarnya I. My friend kata, minda anak-anak ni kalau diasah dari kecil memang menakjubkan sejauh mana dia boleh pergi.

Set ini juga ada nombor dari 1-5. Ada bentuk nombor & titik ikut bilangan. Secara tak sengaja, I suka tekan titiktitik tu bila I ajar Azalea tentang nombor. Mulanya, Azalea tengok saja. I cuba lagi 2-3 hari lepas tu, bila I tunjuk kad nombor, Azalea ikut jarinya menekan titik mengikut bilangan. Memang menakjubkan minda yang dicipta Allah ni!

Set ini juga ada gambar binatang & banyak lagi. Ia juga dapat mendedahkan anak-anak kecil kita dengan warna. Kita boleh rujuk pada bahagian belakang kad untuk baca tip-tip mengajar @ ubahsuai cara pengajaran ikut kesesuaian masa & tempat. Fleksibel, bukan?!
Contoh kad yang menunjukkan 5 batang wooden people @ orang kayi pelbagai warna.

Tip mengajar di belakang kad di atas.

Oleh itu, dari 1 jam kita shoppping tudung dsb, apa kata luangkan 20 minit untuk survey bahan perkembangan minda anak-anak. Melentur buluh dari rebungnya & berdikit-dikit lama-lama jadi bukit. Bukanlah I orangnya untuk beli banyak sekaligus untuk Azalea. I bukan senior lecturer pun. Gaji pun Alhamdulillah sekadar cukup. Jadi, setiap bulan I akan beli sama ada educational toy @ buku untuk Azalea. Ibu & bapa di luar sana boleh cuba juga. Jangan sekali-kali bagi alasan "alah, beli nantilah,. Anak kita kecil lagi". Ubah persepsi tu, cuba tanamkan semangat ingin belajar dalam diri anak-anak.

Good luck!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...