Wednesday, 29 September 2010

3D 2N in Bandung

Baru-baru ni I baru sj balik dari Bandung. 5 dewasa & 1 anak kecil (mak, ayah, kak ngah, my husband, my daughter and I). Entahlah, betul jg bila org kata "hujan emas di negera org, hujan batu di negera sendiri, lebih baik di negara sendiri". I rasa lega sungguh bila pulang ke tanahair. Bukan kerana tak seronok di bandung tapi risaulah dengan huru-hara di Jakarta tu. Jadi, bila jejak kaki ke dlm flight, memang lega sangat.
My family and I pilih MAS sebab my husband nak redeem ticket FOC (free ticket). Dari awal kahwin, dah ada anak 1 baru dapat nak redeem ticket tu. Memanglah tiket free, tapi airport tax kene dibayar.

Mine: RM71
Husb: RM71
Azalea:RM20 (bertuah betul jadi kanak-kanak ni)

Oleh sebab my sister-in-law keje di bahagian reservation MAS, I buat booking semuanya dibantu olehnya. Her name is Kak Azimah. She is so helpful and I memang rasa bertuah dapat masuk ke family yang kerja Airlines ni. Alhamdulillah.
Pakej yang diambil termasuk airport transfer dan return tickets for 3 (mak, ayah & kak ngah) Totalnya RM2079. Hotel: Arion-swissbel Hotel berdekatan Jalan Dago. Sebelum berangkat tu, I memang excited yang amat sangat. Dah tak ingat ape, pun.

Hari pertama: Kami sampai agak lewat sebab cuaca n Bandung Airport agak sibuk. Jadi plane berlegar-legar di udara dalam 15 minit juga. Pening jadinya bila plane senget ke kiri dan kanan. Bandung Airport pun xbesar. Sebesar Kuantan Airport, my father said. Turun-turun flight, hujan pulak tu. Nasib baik baru renyai-renyai. Panik juga bila stroller Azalea takde bile turun tangga kapal. Rupenya masuk sekali dalam luggage. Selalunye bila turun flight ade je di bawah bila kite turun tangga.
  • Kami melalui proses clearing di kaunter imegresen agak lancar. Alhamdulillah. My mom, husb & I cuma dikehendaki scan 8 jari saje tak termasuk our both thumbs. Pasport pun baru renew, so new passport la kan.
  • Tunggu punya tunggu, airport transfer yg sepatutnya ditawarkan sekali dengan pakej k ngah I tak sampai-sampai. Nasib baiklah I dh arranged supir from Ibu Pipi Noto. Driver tu namanye Pak Uwat. Sangat ramah & penyabar. Kami ni sememangnya riuh ditambah dengan I yang suka bertanya itu & ini bila masuk MPV Suzuki Molina(tak salah saya, la).
  • Sampai di Arion Swissbel Hotel, kami diberi hotel Double Bed Super King. I felt pelik sbb according to the number, my k ngah, mother n father I ni 3 orang. Kenapa pulak diberi bilik utk 2 org. I was unsatisfied, so I turun n spoke to the officer there & yeay! Dapat extra bed free. I tunjuk e- tiket before that sebagai bukti. Sebenarnye I, my husb n daughter tumpang je bilik tu. (^_^)
  • Cantik hotel ni. Sebab 4 star. Bersih pun bersih. Memang puas hati tapi a bit small.
Sebab tangganya sangat cantik, memanglah tangga ni jadi tempat melepak kegemaran Azalea.
Tangga kat lounge tepi piano ni,pun favourite Azalea. Siap posing lg. I ambil candid.
  • Sempatlah Pak Uwat bawak we all pusing Jalan Dago. Badan masing-masing dah penat tapi gagahkan juga, lah. Di luar memang gerimis lagi. Alhamdulillah Azalea tak meragam. I baru nak menjengah ke Blossoms (FO), ada pulak org jual t-shirt di tepi jalan. Mula-mula dia letak harga RP25K. Dapat pulak RP20K = RM7 sehelai bila I tawar dengan ganasnya. Corak-coraknya menarik juga. Husb I sibuk nak cari sandal sebab dia tak bawak n cuma pakai kasut. So, dia dapatlah 1 pasang ala-ala Croc cap Luofu. Kekeke. Gasaklah. RM17 je sepasang dengan saiz paling besar. 12 kot. Kaki omputeh punya saiz.
  • Bila jam menghampiri 7pm, kami pulang ke hotel & mandi. Pak Uwat kami titipkan upah sebab kami nak ikut my sis' friends yang nak belanja kami makan. Tempatnya havoc macam Uptown.
  • Nama tempat tu seingat saya Paskal. Azalea kebetulan tidur, tersenget-senget bahu I nak balancekan badan mendukungnya. Tapi ada yang lagi HAVOC! Fooscourt di Paskal tu bercampur dengan cafe yang tak halal. Aduhh! Gawat.
  • I toleh kiri kanan nampak kaki-kaki kecil dalam pinggan. Ingatkan kaki burung puyuh. Muka org yang makan tu I tak dapat bezakan Malay ke Chinese sebab pada sy Indonesians ramai yang macam Chinese tapi Islam. Rupenye 'kaki-kaki kecil' itu kaki katak @ kodok (panggilan Indo). Terus loya tekak I. Sebelah cafe kami ade sate, I memang hantu sate. Tapi malangnya sate khinzir la pulak. Ya Allah, tempat makan ape, nih? Saya mengucap panjang.
  • Akhirnya kami buat dek & makan di cafe yg berlogo halal (halal cara Indo, lah). Betul halal ke tak, Walahualam,lah. Darurart kata my father. Nak tergelak pun ada. Lepas tu, kami pun pulang. Tak pusing ke mana-mana pun. Tidur terus sebab badan dah penat.
Hari kedua: Paginya kami makan sarapan di hotel saje. Makanannya biasa-biasalah, takde yang pelik macam di Paskal. Kemudian kami pergi bershopping di Pasar Baru. Rupa Pasar Baru ni macam Pasar Siti Khadijah pun ada. Saya beli 8 helai blouse labuh saje. Tak boleh nak shopping sangat. Azalea sangat aktif!

Azalea makan buah markisa dari breakfast di hotel. Amazing dia makan. Even I pun tak enjoy as much as she did.
  • Tengaharinya, kami makan di Restoran Simpang Raya masakan Padang. Semestinya halal dan dipandu khas oleh Pak Uwat. Rupa-rupanya kata Pak Uwat, beliau sendiri tak pernah masuk ke Paskal sebab tempat tu ramai Chinese. Ishk, takpelah. Pengalaman.Lauk pauk nya & servisnya sangat tip top! Pak Uwat agak malu-malu bila diajak makan bersama. Lauk kegemaran saya gulai Otak Lembu. Tapi my dad kate byk kolestrol. Baru nak makan lg. Sob-sob. Tahan nafsu... Saya ternampak pekerja restoran mengangkat lebih 20 priring lauk semase die mengemas meja. Wow! Marvellous! Dan seperti biase, Azalea tidur sebab kepenatan naik eskalator di Pasar Baru pagi tu.
Inilah antara lauk yang dihidangkan.

Otak lembu ni ade 2 ketul. I dah bedal 1 ketul (^_^)!!

  • Kemudian kami pulang ke hotel & mandi & solat. Ayah I tak mau ikut sebab penat. iyelah, org lelaki bosan juge tgk perempuan shopping. My dad suka barangan elektronik. Kesian juga dia. So kami ke Cibaduyut. My husb sempatlah sambar belt kulit n we bought our 1st luggage di situ. RM98 saja utk luggage yang besar. Even Azalea bole lepak-lepak dalam beg tu. Cap Polo King. Nampak utuh & teguh!
  • I beli sandal kulit di kedai biasa n kedai beg Diana. RM15 aje utk sepasang. Tapi kene pandai pilih & jangan penat utk try. Haha. I sgt suka! Kami beli lagi T-shirt Bandung. Dalam 6 helai. 3 helai RP50K. Sob-sob. Murah dari yg I beli the day before. Tak ape,lah rezeki masing-masing. I beli kerepek & makanan ringan Indonesia yang murah & sedaaap! Ada Ajinomoto kot. (^_^). Ada juga kami belikan untuk Pak Uwat. My husb suka Pak Uwat. Dia kate teman smoking. Ape daaah! Kemudian kami pulang sebab Cibaduyut jauh & hari pun fah hujan. Kami pulang utk solat & mandi lagi. Rajin betul mandi di Indonesia ni.
  • Malamnya kami makan di restoran berdepan dengan Hotel Sukajadi. Namanya Pak Chi Met. Aduuuhai, lawaknya nama. Tapi memang best except kicapnya semua manis. Loya sket bila makan dgn seafood bakar. My husb yang makan memilih pun malu0malu menambah nasi.
Di Restoran Pak Chi Met.
Aduhai, Azalea ni.. Lucu betul
  • Kemudian, kami singgah di depan Alfamart sebab my sister nampak lagi org jual T-shirt. Untuk T-shirt hitam I dapat juga price sama dengan white T-shirt. I went into the store. Alfamart ni macam 7-eleven. Harganya boleh tahan. Tapi still murah dalm 50sen & semuanya cap Indonesia. So I bought macam-macam for myself. Lagipun Alfamart ni berair cond. Azalea suka, lah & I pun xpenat melayan karenah dia kalau kepanasan.
Hari ketiga: Seperti semalam, kami breakfast di hotel saje.
Inilah rombongan Cik Minah (instead of Cik Kiah)

Disebabkan hari tu hari last, kami ke daerah tinggi. Lalu shj ye di Tangkuban perahu. Nak masuk RM17 seorang. Malaslah pulak nak menghabiskan duit ke situ, lagipun duit xberapa banyak, dah. Mase lalu tu, banyak I nampak kelinci & sate kelinci. Kelinci tu arnab. Xsanggup nak makan sebab arnab untuk dibela pun ade. Sangat gebu & comel. Disebabkan angin mcm Genting Highlands sejuknya, Azalea seperti biasa,lah tidur dalam pelukan I. Kebas jadinya sebab Azalea dh 11kg.
  • Sate arnab ok lg. Tup-tup nampak gerai Sate Biawak. Makk! Takut. Rupenya ramai Hindu & Buddha yang tinggal di situ. Kemudian I nampak Subang. Haik, rumah my in-laws pun ade di situ. Hihi! Jadinya, my husb ni Indon lah ekk? I saja usik dia sbb die suka ckp I Jawe.
  • Skali lagi we ate at restoran Simpang Raya tapi kat tpt lain. Malangnya otak xade!! Tapi tak pelah, ade kari kepala ikan yang sedap hingga menjilat kaki! haha. Mata ikan I sambar dulu. My husb pun nampaknya berselera setelah penat mendaki bukit dengan van tadi.
Sebelum ke airport, sempat njuga we dropped by kat fruit stalls tepi jalan sebab my husb nak beli buah salak. Kebetulan my sis nampak kedai jamu yg memang I cari-cari. Banyak betul I beli. Kebanyakannya cap Nyonya Meneer. Nak kata murah, taklah murah sangat tapi OK, lah. My husb pun beli jamu juga untuk buang angin dalam badan. Azalea meronta nak turun tapi I xbagi sebab kedai tu di tepi jln raya. Risau I. My mom belikan my husb 3kg buah salak. Katenye manis. Tapi I tak suka, so I tak mau cuba,lah.. Mesti rase kelat sikit walaupun manis.

Kami terus ke hotel utk solat & check-out. Lega rasenye bila dah solat & I sempat mandikan Azalea dulu, sediakan supply susu n extra baju.
Sempat bergambar di sekeliling hotel.

Sebelum Pak Uwat sampai, I met another Malaysian family. Nama the woman tu Nadin, pun akan sama flight dengan kami. Bezanya they came for 4D3N. RM1k+ seorang. Banyak modal, tu. Kemudian, husb I ingatkan kami yang travelling tax kena bayar. RP75K seorang >< style="text-align: center;">3 beranak yang dah kepenatan.

Kesimpulannya, trip ke Bandung kali ini agak penat sebab cuma 3D2N. Maybe my husb & I akan ke Bandung lagi soon tapi Azalea akan kami tinggalkan dengan my mom. I rasa kalau 5D3N maybe cukup untuk pusing 1 Bandung sebab orang-orang Bandung drive memang sopan & laju macam kita, Malaysians. Azalea pun memang serasi dengan my mom. Dok asik cium my mom even my mom garang dengan dia.

To those yang nak ke Bandung, sila contact I di zazleen@yahoo.com untuk contact driver. Memang, ramah, sopan santun & penyabar orangnya.

See you sooon. Daaah!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...