Wednesday, 6 January 2010

Nursery

Malam tadi saya bersms dengan kawan saya yang baru pertama kali ingin menghantar anaknya ke nursery. Beliau tanya macam-macam. Kasihan juga saya dengan beliau. Berbekalkan sedikit pengalaman, saya berkongsi beberapa tips yang diajarkan oleh akak-akak di pejabat lama saya.

Antaranya:
- beli container susu 2-3 bekas dan kita sisikan setiap compartment dengan isipadu susu yang sesuai dengan anak kita.

- balik dari mengambil anak, terus periksa berapa compartment yang kosong supaya kita dapat monitor berapa kali anak kita menyusu.

- diaper, samaada disposable @ CD mestilah diletakkan 6-7 keping dan bukan 1 beg plastik besar terus. Dengan ini kita dapat mengesan berapa kali staf nursery menukar diaper anak kita. Sekiranya dilihat ruam di bahagian sulit anak, mungkin diapernya tidak kerap ditukar. Barulah ada bukti menyatakan begitu sekiranya dari 6-7 diaper yang kita letakkan, hanya 2 digunakan. Takkanlah sepanjang 8 jam kita tinggalkan anak, hanya 2 kali mereka menukar diaper? Wallahualam. Kadang-kadang saya kesian juga staf nursery tak menang tangan menguruskan bayi-bayi semua.

- seeloknya, sekiranya kita ada masa, mandikan dan siapkan anak kita dahulu sebelum dihantar ke nursery. Tetapi kebanyakan ibu-ibu tak sempat untuk berbuat egitu dan saya faham. Cuma di sini, kalau kita nakkan yang terbaik untuk anak kita, berkorbanlah sedikit masa rehat. Bangun awal, jerang air dan mandikan anak dgn air suam walaupun awal pagi. Insyaallah anak itu tidak akan mendapat selsema kerana kita bukan mandikannya dengan air sejuk 100%.

- balik dari ambil anak, ringan-ringankanlah mulut bertanya, adakah anak kita meragam. Bagaimanakah ragamnya. Berapa kali dia tidur. Tidaklah kita kebingungan sekiranya anak kita balik sampai saja di rumah terus mengamuk nak tidur. Mungkin anak kita puas bermain di nursery dan ingin tidur sebaik saja sampai di rumah.

Apapun, tawakkal kepada Allah juga penting. Berdoa lah banyak-banyak semoga anak kita dijaga olehNya kerana Allah sahaja Maha Mengetahui betape kita risau akan anak-anak semasa kita bekerja. Risau anak dubuli dan tidak diberi susu. Wallahualam

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...