Monday, 4 January 2010

Cloth Diaper

Hari ini saya agak kelam kabut untuk ke pejabat. maklumlah, hari ini adalah hari pertama pelajar-pelajar baru UniKL MFI memulakan sesi orientasi. Saya adalah salah seorang invigilator untuk ujian UEPT mereka. Kasihan Azzalea saya hantar tepat pukul 7 pagi. Terkebil-kebil matanya melihat saya.

Saya tertarik dengan idea penggunaan Cloth Diaper moden. Antara blog dan website yang membantu dalam menambah pengetahuan saya ialah http://alwaysbzmoms.blogspot.com, http://happy-clothdiapering.blogspot.com dan Mom's Little Ones Shop yang terletak dekat dengan rumah saya. Pemakaian CD ini dikatakan menjimatkan dan skin-friendly. Harap-harapnya serasilah dengan kulit Azzalea nanti. Saya sekarang sudah mengenali jenama beberapa jenis CD antaranya Coola baby, KS, Lunatots dan banyak lagi. Anggaran harga adalah dari RM30-RM45 sepasang bersama insert. Banyak tips telah saya perolehi sepanjang saya membaca blog-blog berkaitam CD. Credits to them!!

Ikutkan rasa, binasa. ikutkan hati, mati. Saya berhasrat untuk membeli CD jenama coolababy dahulu. Tengok kesesuaian CD jenama itu pada Azzalea dan bolehlah saya plan untuk membeli jenama yang lain atau tetap dengan jenama yang 1 ini.

Tapi, sebelum itu, saya harus minta pendapat suami dulu. Moga-moga saya mendapat sokongan dari suami tentang ini ^-^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...