Tuesday, 29 December 2009

Kenaikan Pangkat.. Alhamdulillah

Sudah 4 hari rasanya saya tidak menulis di ruangan ini. Baru-baru ini saya menerima berita gembira daripada suami. Syukur ke hadrat Allah suami saya telah dinaikkan pangkat. Rezeki anak, kata beliau. Ia juga hasil usaha dan dorongan saya, tambah beliau lagi. Saya jadi hairan. Bagaimana pula boleh begitu, detik hati saya. Saya terlupa, beberapa hari sebelum temuduga, suami minta saya mengajar beliau Bahasa Inggeris kerana sesi temuduga itu akan dijalankan dalam bahasa Inggeris. Saya telah membantunya sedaya mungkin. Bukan mudah rupanya kerana MASKARGO adalah syarikat logistik dan saya tidak pernah mempunyai pengetahuan dalam bidang logistik. Mujurlah suami telah menyediakan skrip dalam BM dan saya cuma menterjemahnya sahaja.

Berbalik kepada buku yang saya baca, ada satu kejadian di mana hikmahnya menunjukkan kita bahawa sokongan dan dorongan isteri adalah penting dalam jatuh bangunnya seorang suami dalam kerjayanya. Ia adalah di mana Nabi Muhammad SAW telah berlari pulang ke rumah dalam keadaan ketakutan yang amat sangat dan Siti Khadijah RA yang telah menenangkan dan menyelimutkan baginda dengan disertai kata-kata indah. Dengan ini sebagai seorang isteri saya sedar bahawa saya penting dalam hidup suami saya. Saya perlu sentiasa memberi keyakinan dan dorongan kepada beliau agar terus tabah dan berani mengharungi cabaran hidup.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...