Wednesday, 23 December 2009

Kasihnya suami..

Hari ini saya betul-betul menyangka bahawa saya telah membawa semua kelengkapan sebelum melangkah ke kereta. Setelah lebih kurang 5 minit memandu, suami saya menelefon mengatakan bahawa saya tertinggal kunci rumah. Sesuatu yang tidak pernah saya lupa. Kedengaran suara suami saya agak risau kerana tidak tahu di mana dia harus letakkan segugus kunci itu. Berkali-kali beliau menelefon saya untuk memastikan saya tahu di mana kunci itu disorokkan.

Tercetus di hati perasaan kasihan kepadanya kerana dalam kalut ingin menuju ke tempat kerja, beliau mesti bertindak akibat kelalaian saya. Wahai suami, terima kasih..

Di pejabat saya telah mula merasakan beban tugas yang tergalas setelah lebih 4 bulan bekerja tanpa sebarang tugas mencabar diberikan oleh ketua unit saya yang amat saya hormati, kak Zura. Segala arahannya saya patuhi dan cuba untuk menyelesaikan sebarang tugasan dengan sebaik mungkin. Saya tidak suka membelakangkan ketua dalam segala hal. Maklumla saya masih hijau di tempat saya bekerja ini.

Saya mula terfikir, sekiranya mematuhi arahan dan menghormati ketua adalah penting, semestinya begitu juga terhadap seorang suami. Pada saya, suami adalah ketua, pelindung dan sahabat baik saya di rumah. Tidak ada gunanya saya membantah arahan beliau sekiranya itu tidak melanggar syariat kerana ia akan mengundang padah di akhirat kelak. Terus terang saya katakan, saya bukanlah Siti Aisyah r.a. mahupun Siti Khadijah r.a. tetapi saya cuba buat yang terbaik sebagai teladan kepada anak-anak saya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...