Monday, 21 December 2009

Iktibar dari kesilapan

Sudah lama rasenye jari2 ini tidak menulis sesuatu. Sejak bergelar ibu, diri ini dihambat kesibukan yang berpunca dari diri sendiri - bad time management. Sebelum ini saya selalu menasihatkan students supaya buat diari, checklist n byk lagi. Rupe2nye, guru mereka pun menghadapi masalah yang sama. 2-3 hari ini ati saye kemurungan. terfikir-fikir bagaimana untuk menjadi isteri solehah. Adakah melayan kehendak suami, taat n patuh n menjaga makan minum n kekemasan rumahtangga bermaksud saya rela menghambakan diri saya kepada suami?

Cetek rupanya akal saya apabila saya berfikir sedemikian. Hati ini tergerak untuk membeli buku bertajuk Panduan Isteri Mendampingi Suami nukilan Anisa M Busra yg saya beli di Kompleks PKNS Bangi. Masyaallah, buku yang pada mulanya saya anggap mahal walaupun hanya berharga RM7.00 telah menyedarkan saya pada banyak perkara.

Rasulullah SAW pernah bersabda "Sekiranya diperintahkan manusia untuk sujud kepada manusia maka akan aku perintahkan semua isteri untuk sujud kepada suaminya kerana memuliakan hak-hak suaminya".

Sungguh saya terkedu apabila menyedari betapa saya telah menafikan hak suami saya sebagai syurga saya. Saya kira ini semua kerana saya terlalu ambil mudah peranan seorang isteri dalam keluarga dan di sisi suami kerana sibuk dengan kerja..

Internet di depan mata saya telah mula untuk memanfaatkan mencari bahan2 bacaan yang membolehkan saya mendalami rahsia menawan hati suami..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...