Wednesday, 30 December 2009

Hargailah Suami Anda

Hari ini saya ke pejabat seperti biasa. Menghantar buah hati ke nursery dan terus on PC sesampai saya di pejabat. Sudah menjadi kebiasaan tepat pukul 9 pagi suami saya akan menelefon sekiranya beliau bekerja shif malam dan pulang pagi. Kasihan pula saya mengenangkan beliau akan pulang tanpa hidangan di meja. Saya sudah berkira-kira untuk pulang ke rumah sekejap waktu makan tengahari kerana tidak sampai hati membiarkan beliau tido dalam keadaan lapar.

Setelah membeli nasi bungkus, saya pulang ke rumah. Terharu melihat rumah yang telah dikemas dan dibersihkan beliau. Tanpa menunggu lebih lama, saya hadiahkan beliau ucapan terima kasih dan memuji kerajinan beliau sambil menghulurkan tuala untuk beliau mengelap peluh di dahi. Beliau membalas dengan senyuman dan berkata bahawa beliau kasihankan saya seharian menjaga Azzalea dan memasak untuk beliau. Walaupun suami saya tidak romantik tetapi beliau sangat bertimbang rasa. Saya sangat bersyukur dikurniakan Allah SWT seorang suami sebegini.

Dahulu di kampus, saya sering angankan untuk mendapat suami yang romantik dan akan melimpahi saya dengan hadiah dan bunga. Dengan kata-kata manis di bibir membuatkan saya sering dibuai perasaan. Rupa-rupanya realiti hidup berumahtangga ini lain benar dengan dongeng di TV. Saya mula belajar menilai bahawa rata-rata lelaki yang pandai berkata-kata hanya pandai berkata-kata. Pada saya, biarlah suami saya tidak romantik, tidak pernah menghadiahi saya bunga tetapi hati saya sentiasa bahagia bersamanya.

Sejak berkahwin, saya tidak pernah lokek untuk memasak lauk kegemaran beliau kerana saya tahu, besar ganjaranyya sekiranya saya menggembirakan hati suami saya. berbalik kepada nasi bungkus yang saya beli, beliau makan dengan berselera dan menyuruh saya meneman beliau semasa makan. Saya tidak sudah-sudah tersenyum kerana dipuji pandai memilih gerai dan lauk untuk makan tengaharinya itu. Malahan beliau menambah, itulah makanan yang beliau jamah sejak dari petang semlam sebelum beliau memulakan kerja shif malam. Sayu pula hati saya mendengarnye. Semoga Allah memberkati perkahwinan kami. Amiin..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...